Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Wednesday, May 15, 2013

Guru Pencorak Generasi Berwawasan



Para guru adalah penentu masa depan generasi muda. Generasi muda yang hebat adalah hasil didikan seorang insan mulia bernama guru. Guru merupakan insan yang banyak mengorbankan hari-hari  hidupnya demi melihat  generasi muda menjadi kebanggaan agama, bangsa dan negara.  Guru diumpamakan seperti lilin membakar diri demi menerangi orang lain walaupun berhadapan dengan pelbagai karenah dan ujian, namun insan ini tetap teguh berdiri.

Sesungguhnya jasa insan yang bergelar guru ini terlalu besar di sisi masyarakat apatah lagi pada pandangan Allah SWT sehingga Allah mengiktiraf ilmu yang bermanfaat yang dicurahkan kepada penuntut ilmu merupakan salah satu amalan yang tidak terputus pahalanya selama mana diamalkan

Monday, May 13, 2013

Kekuatan Jasmani Dan Rohani Wasilah Generasi Mumtaz


Bulan Mei menjadi saksi imtihan fasa 2 yang mula menjengah seluruh mahasiswa/wi di perlembahan Nil. Maka, bermulalah sesi ujian fizikal dan rohani bagi mahasisiwa/wi samada pengajian Islam mahupun sains kesihatan. Ujian fizikal penjagaan kesihatan ialah semasa imtihan, manakala ujian rohani menghadapi nafsu semasa musim panas.

Tidak diragukan lagi, setiap musim memiliki banyak kelebihannya tersendiri. Begitu juga pada musim panas ini  di mana buah-buahan pelbagai rasa boleh diperolehi serta dapat menikmati kehangatan sinar matahari dan keindahan laut. Allah SWT mengurniakan rahmatNya kepada kita dengan menjamin keberlangsungan kelebihan tersebut di dalam hidup kita.

Saturday, May 11, 2013

Rejab : Kematangan Menyusun Strategi


Kedatangan bulan Rejab suatu penantian bagi seluruh umat Islam. Rejab merupakan bulan persediaan sebelum melangkah masuk ke bulan Ramadan yang memerlukan kepada persediaan mental dan fizikal.

Penghijrahan pertama para sahabat Baginda Muhammad SAW ke Habsyah (Ethiopia) yang berlaku pada bulan Rejab memberi  sinar  baru kepada Islam untuk bertapak malah meluaskan jajahan penyebarannya. Islam tidak hanya disebarkan di Bumi Makkah semata-mata bahkan Islam turut disampaikan ke seluruh pelosok dunia. Islam bukan untuk masyarakat Makkah sahaja tetapi Islam merupakan agama seluruh umat.

Friday, May 10, 2013

Kes Rogol Kanak-Kanak 11 Tahun : HEWI PMRAM Desak Keselamatan Negara Dipertingkatkan



Pilihan Raya Umum (PRU) 13 telah melabuhkan tirainya maka, bermulalah tampuk kepimpinan baru tanah air kita dalam menerajui negara ke arah yang lebih baik. Kehangatannya masih dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada detik 5 Mei yang lalu. Namun, rakyat Malaysia hari ini tidak terus sepi daripada kes-kes jenayah yang kian berleluasa. Hari demi hari pelbagai kes sering dimuatkan di dada-dada akhbar yang telah membimbangkan banyak pihak. Apakah punca berlakunya demoralisasi dalam kalangan masyarakat pada masa ini? Apakah tiada jalan penyelesaian untuk menanganinya? 

Semalam, sekali lagi Malaysia digemparkan dengan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai telah dirogol. Mangsa bernama  Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor dipercayai mati kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui di kawasan tempat letak kereta di Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi jam 10.30 malam waktu Malaysia.

Thursday, May 9, 2013

PMRAM Mengutuk Sekeras-kerasnya Usaha Membangkitkan Sentimen Isu Perkauman



Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas menyaksikan gelombang kebangkitan
rakyat begitu menjadi-jadi. Ini jelas terbukti apabila sokongan rakyat kepada parti pemerintah kerajaan, Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan. Bahkan parti pemerintah itu, gagal mendapat sokongan majoriti rakyat sebaliknya kerajaan yang dibentuk hanyalah berdasarkan kepada majoriti mudah yang dimenangi parti Barisan Nasional di kerusi Parlimen negara.

Kebangkitan rakyat yang ditunjukkan ketika PRU kali ini adalah berpunca daripada ketidakyakinan rakyat terhadap parti pemerintah yang kerap disabitkan dengan pelbagai kesalahan seperti keborosan dalam perbelanjaan negara, isu rasuah, politik wang, kroni dan sebagainya yang masih gagal dijelaskan kepada rakyat berkaitan permasalahan tersebut.

Tuesday, May 7, 2013

Tadbir Negara Dengan Penuh Amanah & Tanggungjawab


Proses Pilihan Raya Umum kali ke - 13 telah melabuhkan tirainya semalam pada 5 Mei 2013. Pilihan Raya Umum semalam menyaksikan antara PRU yang paling sengit dicatatkan dalam sejarah negara hasil daripada pertembungan menarik antara parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR). Hasil pungutan suara melalui pilihan raya semalam mendapati parti Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kemenangan walaupun timbul persepsi negatif rakyat terhadap ketelusan Suruhan jaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan proses pilihan raya kali ini.

Adapun begitu SPR telah mengumumkan secara rasminya kemenangan berpihak kepada BN. Ini bermakna BN sekali lagi diberi mandat untuk terus memimpin dan mentadbir Malaysia untuk tempoh sepenggal lagi. Apa yang diharapkan tanggungjawab memimpin sebuah kerajaan ini adalah merupakan satu amanah yang cukup besar. Kepimpinan yang sebenar dalam Islam adalah membawa masyarakat ke arah lebih dekat kepada Allah SWT melalui perlaksanaan syariatnya yang bertepatan dengan apa yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.

Friday, May 3, 2013

Mahasiswa Mahu SPR Kendalikan Pilihan Raya Telus, Jujur Dan Adil


Pada tempoh menuju tarikh Pilihan Raya Umum ke 13, pelbagai isu yang dibangkitkan oleh parti yang bertanding yang mempertikai ketulusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  mengendalikan Pilihan Raya Umum ke 13. Antaranya, undian pos yang disimpan tempoh yang lama di dalam balai polis tanpa pengawasan daripada wakil parti, isu dakwat yang tidak kekal, pengulangan nama yang sama di sebahagian kawasan, undian luar negara yang dimanipulasi dan pelbagai isu yang lain. Ini jelas akan menjatuhkan imej badan dan hilang kepercayaan rakyat kepada SPR hinggakan ada yang enggan keluar untuk mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebuah badan yang telah diamanahkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mengendalikan Pilihan Raya seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian VIII Perkara 114 (1) :

Monday, April 29, 2013

Muzik Wasilah Dakwah


KAHERAH, 28 April 2013 – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Badan Kebudayaan, Kesenian & Sukan (BKKS) dan Unit Kebudayaan, Kesenian & Kemasyarakatan (UKKK) HEWI PMRAM sesi 2013 telah mengadakan Ujibakat Al-Wadi dan As-Sohwah yang bertempat di Rumah Terengganu dan Sutuh Rumah Selangor.

Pada jam 9 pagi, majlis dimulai dengan ucapan dari pengerusi majlis dan seterusnya telah dirasmikan oleh saudara Ahmad Anas b Che Yusof selaku Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian & Sukan PMRAM sesi 2013.

Saturday, April 27, 2013

Genjatan Nafsu Pemangkin Kecemerlangan Mahasiswi


Kecemerlangan akademik merupakan impian bagi setiap insan yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Namun, bagi  mengenggam kecemerlangan ini banyak langkah yang perlu dilaksanakan demi merealisasikan sebuah impian murni. Di ambang peperiksaan, ramai yang telah bertungkus -lumus menyusun jadual, menghadiri kelas, study group, tidak kurang juga yang berjaga malam demi menghabiskan silibus –silibus yang ditetapkan dan pelbagai usaha lain lagi.

Namun, sedang dalam giat mengulangkaji di saat- saat akhir peperiksaan ada gelombang besar yang seringkali melanda mahasiswa dan mahasiswi iaitu gelombang nafsu yang sentiasa mengajak diri kita ke arah kejahatan.

Wednesday, April 24, 2013

Tahniah Di Atas Kelahiran Permata Sulung



ISKANDARIAH, 22 April 2013 -- Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM telah melawat seorang cahaya mata milik sepasang pelajar perubatan Iskandariah baru-baru ini. Seorang bayi comel telah selamat dilahirkan secara normal pada 15 April lalu, jam 5.30 petang di Hospital Salama, Daerah Samoha, Iskandariah.

Bayi yang seberat 3.35 kg itu telah diberi nama Ulfah Zahra’ bt Muhammad Haris Fadillah dan dilaporkan sihat sepenuhnya. Rombongan ziarah yang diketuai oleh Naib Pengerusi HEWI II, Saudari Mardhiah bt Nordin telah selamat tiba di rumah pasangan tersebut selepas maghrib.
Nur Amahirah Bt Hassan Zaki beserta suami, kedua-duanya merupakan pelajar perubatan tahun 6 yang berasal dari Kelantan, menyambut baik kehadiran rombongan HEWI PMRAM dengan senyuman gembira jelas terpancar di wajah mereka.

Lagu Rasmi PMRAM