Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Thursday, December 30, 2010

Ulama' Al-Azhar Kecam Serial TV Iran


Ulama Al-Azhar mengecam keras kerajaan Iran yang membenarkan sebuah siri TV yang saat ini sedang tayang di Iran, di mana dalam siri TV itu juga menghina sahabat Nabi Muhammad SAW, Abdullah bin Az-Zubair, dan menekankan Al-Azhar tidak boleh menerima penghinaan terhadap para sahabat Nabi SAW.

Juru bicara Al-Azhar Asy-Syarif, Muhammad At-Thahthawi dalam menolak penghinaan terhadap sahabat Nabi Saw, berkata: "Al-Azhar tidak boleh menerima penghinaan terhadap sahabat Rasulullah SAW, termasuk terhadap isteri-isterinya."

Juru bicara Al-Azhar ini menurut surat khabar Al-Syarq Al-Awsath dengan tegas menyeru agar Iran menghentikan siri tersebut kerana ia boleh menjadikan ketegangan negara bersekutu.

Sementara itu, Dr. Muhammad Uthman, ahli dari Lembaga Penyelidikan Islam Al-Azhar (Majma Al-Buhuts Al-Islamiyah) menegaskan bahawa umat Islam diperintahkan untuk menghormati para sahabat Rasulullah SAW kerana para sahabat itulah perantara antara kita (umat Islam) dengan Nabi Muhammad Saw.

Sedangkan Syaikh Mahmud Ansyur, yang merupakan bekas anggota Lembaga Penyelidikan Islam Al-Azhar menyatakan bahawa sejak dahulu Al-Azhar menolak untuk memvisualisasikan para nabi, termasuk sahabat nabi Muhammad Saw dan haram hukumnya melakukan hal tersebut.

Sebelumnya ulama sunni Iran telah mengeluarkan fatwa Haram menonton siri TV yang sedang dimainkan di Iran yang bercerita tentang seorang pemimpin Syiah yang menyiapkan gerakan di kota Kufah pada tahun 686 M, untuk membalas kematian Imam Hussein.

Siri bertajuk "Mokhtar Nameh" (Pesan dari Mokhtar) menunjukkan bagaimana kaum Syi'ah selalu dianiaya dan teraniaya sepanjang sejarah dan bagaimana penderitaan kaum tertindas yang sering dihantui oleh para penindas.

Pemberontakan dilaporkan bermula pada tahun 686 Masihi dari Kufah, dan tokoh dalam siri TV ini yang bernama Mokhtar berada di penjara ketika pertempuran Karbala berlangsung. Ketika Mokhtar mengetahui tentang apa yang berlaku dalam pertempuran Karbala, ia berangkat untuk membalas kematian Imam Hussein.

Al-Mokhtar dilaporkan menangkap sejumlah orang yang diduga membunuh Imam Hussein dan rakan-rakannya dalam tragedi Karbala.

Pemimpin Muslim Sunni di wilayah Sistan-Baluchistan Molawi Abdul-Hamid berkata, "Pemimpin Syiah Ali Khamenei baru-baru ini mengeluarkan fatwa yang melarang menghina simbol dan kesucian Sunni Muslim, namun radio dan instansi televisyen di Iran, yang pimpinannya diangkat oleh pemimpin tertinggi Syiah, telah mengabaikan Fatwa tersebut. "

"Bagaimana kami boleh mengharapkan agensi kerajaan mentaati fatwa itu," tambahnya, meminta akan dihentikannya penyiaran filem tersebut kerana kandungan isinya yang katanya menghina para sahabat Nabi Muhammad, termasuk Abdullah Ibnu Zubair. (Fq / imo / aby)

Tahun Baru 2011: Tahun Jauhi Maksiat

Selamat menyambut tahun baru kepada semua pelawat blog hisbah khususnya mahasiswa-mahasiawa yang berada di bumi Mesir. Kedatangan tahun baru masihi sangat dirasai oleh kita semua disebabkan penggunaannya yang lebih meluas dan lebih biasa, adapun tahun baru Hijrah sudah lepas beberapa hari yang lalu dan tidak dirasai oleh orang-orang yang kurang mengambil tahu tarikh-tarikh penting dalam Islam.

Sempena malam sambutan tahun baru ini pada malam 31 Disember Unit Hisbah PMRAM dengan kerjasama seluruh cawangan akan mengadakan Operasi Gempur Dakwah Countdown 2011 yang mana akan menyaksikan mahasiswa di sini akan bersiar-siar dan menyambut tahun baru bersama rakan-rakan ataupun kekasih.

Statistik tahunan yang dihitung oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawasanya kenaikan kelahiran anak luar nikah di Malaysia meningkat sebanyak 44% sepanjang 4 tahun dai 2005 hingga 2009, dan kebanyakan anak-anak luar nikah ini adalah hasil dari hubungan seks yang dilakukan pada malam-malam perayaan seperti Valentine Day, malam Merdeka, Hari Krismas dan pada malam sambutan tahun baru, tidak terkecuali remaja-remaja yang menuntut di luar negara turut menyumbang kenaikan statistik tersebut.

Operasi itu akan menemui mahasiwa yang berada di tempat-tempat sasaran dan di edarkan risalah ataupun poster berkaitan dan pasangan-pasangan couple akan di ambil keterangan dan diberi kaunseling.

Bertepatan dengan tempoh yang hampir dengan peperiksaan yang akan menjelma ini kami menyeru kepada kita semua supaya tidak menjadikan sambutan tahun baru ini untuk melakukan maksiat, sesungguhnya orang-yang selalu melakukan perkara yang mendekati zina akan tidak segan melakukan zina.

Bebaskan diri anda dari maksiat, selamat menepuhi peperiksaan yang akan datang, fokus dalam mengulangkaji pelajaran dan sempurnakan dengan munajat kepada Allah supaya mendapat kejayaan yang diredhai Allah.

Bittaufiq wannajah !!
Kejayaan sebenar ialah kejayaan yang diredhai oleh Allah..
Oleh : Ketua Unit Penerangan Hisbah Pusat

sumber: http://hisbahpmram.blogspot.com

PMRAM Ucap Tahniah Kepada Saudara Mohd Zulkifli Abd Ghani, Master Al-Azhar Usuluddin Jabatan Dakwah

KAHERAH, 28 Dis - Pelajar Master Universiti Al-Azhar, Saudara Mohd Zulkifli Abdul Ghani telah berjaya membentangkan tesis beliau hari ini.

Tesis yang bertajuk "Ad-Du'at Al-Maliziyyun Minal Azhariyyin Wa Dauruhum Fi Nashri Al-Islam Wa Ar-Rad 'Ala Khushum Ad-Dakwah" telah dibahaskan di hadapan empat orang doktor Kuliah Usuluddin, Bahagian Dakwah dan Thaqafah Islamiah.

Mereka ialah Dr. 'Arafah Salim Hassan Saifuddin (Musyrif Utama), Dr. Muhammadi Abdul Basir Abdul Aziz (Pembantu Musyrif), Dr. Muhammad Abdul Aziz Iwadh (Pensyarah Kuliah Usuluddin Bahagian Dakwah, Universiti Al-Azhar Kaherah), dan Dr. Abdul Mun'im Subhi Abu Sha'isha' (Pensyarah Kuliah usuluddin Bahagian Dakwah, Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta).

Pembentangan yang dimulakan pada jam 11.30 pagi ini telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang pemerhati yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia.

Perbahasan yang berlangsung selama 5 jam setengah ini telah memperlihatkan sesi perbincangan tesis antara Saudara Zulkifli dan barisan doktor Al-Azhar yang mengupas tajuk yang telah dipilih.

Akhirnya pada jam 4.00 petang, Dr. 'Arafah Salim Hassan Saifuddin selaku Musyrif Utama telah mengumumkan keputusan yang diperolehi ialah "Jaiyyid".

Sekalung tahniah daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir diucapkan kepada Saudara Mohd Zulkifli Abdul Ghani atas kejayaan ini.

Semoga ia dapat menjadi titik tolak dan pembakar semangat kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi dalam mengejar kejayaan di bumi Anbiya' ini.

Sama-Sama Jayakan Polisi Yang Ditetapkan Oleh Jamiyah Syariah - Naib Presiden III PMRAM

KAHERAH, 28 Dis - PMRAM melalui Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM hari ini menyarankan kepada semua penerima bantuan Jamiyah Syariah agar sentiasa mematuhi sebarang polisi dan peraturan yang telah diletakkan oleh pihak Jamiyah.

Ini dinyatakan oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM Saudara Mohd Farkhan B. Md Zain setelah pertemuan bersama pihak Jamiyah Syariah selepas proses pendaftaran permohonan sesi 1432H. Antara polisi yang ditekankan untuk di ambil perhatian seperti berikut:

1- Penama sesi 1431H yang tidak melakukan pembaharuan telah dibuang senarai berkuatkuasa 27 Disember. Pemohon tersebut boleh melakukan permohonan baru seperti biasa.

2- Bantuan wajib di ambil pada tarikh yang ditentukan oleh pihak Jamiyah setelah mendapat makluman dari pihak PMRAM atau melalui memo di pusat pengambilan bantuan, Masjid Syarbini.

3- Penama yang tidak mengambil bantuan selama 3 bulan berturut-turut akan dipotong namanya sebagai penerima.

4. Pemohon yang tidak mengambil bantuan tidak boleh menuntut semula pembayaran.

Bagi mahasiswa Perubatan Al Azhar, Ulum Islamiah dan Markaz Bahasa Tamhidi dibolehkan untuk memohon bantuan.

Hanya perlu menghantar satu salinan pasport, pengesahan kuliah (tercatat sesi pengajian 2010/2011) serta salinan dan borang permohonan lengkap diisi.

Sila rujuk AJKT Kebajikan BKAN Cawangan masing-masing untuk makluman lanjut.

Jamiyah Syariah : 436 Orang Selesai Didaftarkan Bagi Sesi 1432H

KAHERAH, 28 Dis - Seramai 436 keping borang permohonan bantuan Jamiyah Syariah hari ini berjaya didaftarkan sebagai pemohon sesi 1432H.

Pemohon yang terdiri daripada Mahasiswa Pengajian Islam, Ulum Islamiah, Markaz Bahasa dan Perubatan Azhar selesai didaftarkan.

Berdasarkan perbincangan bersama pegawai Jamiyah Syariah, Ustaz Ibrahim Zainal Abidin menyatakan penama-penama tersebut dijangka akan disenaraikan sebagai penerima bantuan Jamiyah Syariah pada bulan Februari.


Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM Saudara Mohd Farkhan b. Md Zain ketika ditemui memaklumkan sebarang pemakluman kenaikan nama akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi PMRAM dan AJKT Kebajikan BKAN Cawangan masing-masing.


Kelihatan saudara Abdul Aziz B Ali Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM dalam pertemuan tersebut.

Tuesday, December 28, 2010

IMTIHAN TAJRIBI: PMRAM Komited Dengan Agenda Pendidikan

KAHERAH, 25 Dis - PMRAM terus optimis dalam membawa agenda pendidikan kepada seluruh mahasiswa Islam di Perlembahan Nil ini.

Ia terbukti lagi apabila baru-baru ini, Badan dan Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa PMRAM 2010 telah menganjurkan satu Imtihan Tajribi (Peperiksaan Percubaan ) kepada mahasiswi - mahasiswi Tahun Satu Pengajian Islam Universiti al-Azhar yang bertempat di Rumah Terengganu, Haiyyu Asyir .

Imtihan yang bermula pada jam 8.45 pagi itu telah dimulai dengan taklimat ringkas oleh timbalan ketua Unit Tutorial dan Pengkuliahan, Saudari Masyitah bt Razali dan ianya merupakan kesinambungan daripada Kelas Tutorial berpusat yang telah dijalankan sebelum ini.

Imtihan Tajribi ini bukanlah julung kali diadakan dan antara objektif perlaksanaannya adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswi baru berkenaan bentuk dan tahap soalan peperiksaan di Universiti Al-Azhar. Hal ini bagi membantu mereka dalam menghadapi Imtihan Fasa Pertama yang akan menjelang tidak lama lagi.

Saudari Nurul Hasanah binti Yahuza selaku Ketua Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa HEWI PMRAM ketika ditemui menyatakan pengharapannya agar imtihanimtihan yang dilaksanakan ini mampu membantu para mahasiswi dalam meningkatkan lagi mutu persediaan di samping menambah keyakinan untuk menghadapi yang bakal tiba.

Ujar beliau lagi, selain membuat persediaan fizikal, mahasiswi juga perlu memberi tumpuan terhadap persiapan mental. Ia begitu penting memandangkan ini pengalaman pertama mereka menghadapi imtihan selaku mahasiswi Universiti al-Azhar. Justeru, dengan kekuatan mental akan membantu mereka menghadapi apa jua cabaran dan kesulitan yang mendatang.

Imtihan Tajribi yang dianjur PMRAM baru-baru ini tertumpu kepada madah yang diajar di dalam kelas tutorial. Hanya satu madah sahaja yang dipilih dari setiap syu’bah. Bagi syu’bah Syariah, madah yang menjadi pilihan ialah Tarikh Tasyri’. Syu’bah Usuluddin pula ialah madah Mantiq manakala Syu’bah Bahasa Arab ialah Adab Jahili.

Setelah selesai menjawab, para mahasiswa turut berpeluang mendengar penerangan dari beberapa orang panelis berkenaan kaedah-kaedah menjawab soalan disamping bersama-sama mengulangkaji madah tersebut secara keseluruhan.

Slot tersebut berakhir pada sebelah tengahari dengan ucapan dari Ketua Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa, saudari Nurul Hasanah binti Yahuza dan penyampaian cenderamata kepada ahli panel.

Saturday, December 25, 2010

UMAT ISLAM : BILAKAH TIBA KEMENANGAN


Penindasan, pencabulan dan pembunuhan umat Islam hari ini berlaku di seluruh dunia. Beberapa tahun sebelum ini kezaliman ke atas umat Islam Moro di Asia Tenggara, muslimin Kashmir di India, umat Islam Bosnia-Herzegovina di Eropah, umat Islam di Iraq dan peperangan yang sehingga kini mengancam umat Islam di Gaza, Palestin.

Berita penguasaan dan penganiayaan terhadap umat Islam dunia berdengung dari semasa ke semasa. Tidaklah menjadi suatu keanehan mengapa umat Islam sentiasa ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya oleh musuh? Apakah umat Islam hanya layak menjadi bahan permainan musuh-musuh Islam tanpa berupaya bangkit mempertahankan diri? Kehinaankah milik umat Islam sepanjang zaman?

Mukmin yang sejati

Allah S.W.T telah menukilkan di dalam al-Quran bahawa umat Islam merupakan golongan teratas dan terbaik dikalangan manusia seluruhnya. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah” (Ali-Imran : 110)

Alangkah tinggi dan mulianya kedudukan umat Islam disisi Allah S.W.T. Namun hari ini dimanakah pengiktirafan daripada Penguasa alam ini? Dimanakah kemuliaan dan ketinggian darjat umat Islam di tengah lautan umat manusia kini? Apakah pernyataan al-Quran ini hanya tinggal satu pernyataan yang tidak berjejak? Sesungguhnya Maha Suci Allah S.W.T daripada menyatakan sesuatu yang dusta. Maha Suci Allah!! Lalu ternyatalah umat Islam pernah menggenggam kemuliaan ini tetapi telah melepaskannya begitu sahaja. Sehingga kini muslimin tercungap kelelahan dalam usaha menggapainya kembali.

Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam mampu meraih kegemilangan yang menyilaukan pandangan dan mengkagumkan pemikiran. Firman Allah yang bermaksud : “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka bekas-bekas sujud” (Al-Fath : 29 )

Dengan itu jelaslah bahawa umat Islam terdahulu begitu berkarisma dan beridentiti. Betapa indah dan tepatnya perbandingan yang Allah S.W.T titipkan untuk renungan. Ibarat sepohon pokok yang berakar tunjang kukuh dan terhunjam jauh ke dalam bumi, pucuk dan dedaunnya menjulang tinggi, begitu rendang dan subur sehingga mengkagumkan para petani. Demikianlah muslimin terdahulu menggerunkan musuh dan menggoncang hati mereka.

Di Manakah Silapnya?

Siapakah yang harus dipersalahkan bila umat Islam begitu lemah dan ketinggalan dalam serba-serbi? Umat Islam diseluruh dunia menjadi mustad’afin dan mengalami krisis yang berbagai. Umat Islam kehilangan taring bila kuasa politik jatuh ke tangan sekularis. Kemalapan keilmuan dan pembekuan daya fikir menjadi lambang kemunduran akademik serta intelek Islam dan natijahnya kita terpaksa akur kepada cendekiawan kuffar. Ketamadunan umat Islam kian jatuh bila dibandingkan dengan kecanggihan dan kemajuan umat lain. Di manakah silapnya sehingga umat Islam demikian hina?

Sedangkan jika dikaji dari segi fizikal, umat Islam semakin ramai. Negara-negara umat Islam merupakan negara yang kaya dengan barangan dagangan utama dunia seperti petroleum dan bahan galian. Negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi , Kuwait, Iraq, Libya dan lain-lain merupakan pembekal minyak dunia. Tetapi mengapa umat Islam masih boleh diperkotak-katikkan?

Firman Allah yang bermaksud : “Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Anfal : 63).

Ternyata aspek-aspek material dan fizikal semata-mata tidak memadai untuk umat Islam bangkit dan tegak kembali. Malah andainya kekayaan itu tidak diiringi dengan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T ia akan mendatangkan malapetaka kepada umat Islam sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Kemajuan material bukan syarat utama mencapai kejayaan.

Sejarah peperangan Badar yang masyur itu telah memaparkan kebenaran yang nyata. Bilangan umat Islam yang sedikit serta tidak mempunyai senjata yang lengkap telah berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang jauh lebih ramai dan bersenjata lengkap. Afghanistan sebuah negara yang miskin dan dhaif mampu mengalahkan tentera Rusia sehingga negara itu jatuh muflis akhirnya. Dari manakah kekuatan serta kehebatan yang diperolehi kalau tidak dengan pertolongan Allah S.W.T? Dan adakah pertolongan Allah S.W.T akan datang tanpanya iman, taqwa serta tawakal kepadanya?

Allah S.W.T telah menggariskan beberapa prasyarat untuk mencapai pertolongan dan kejayaan di sisiNya. Firman Allah yang bermaksud : “Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah! Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah : 214)

Beberapa kesilapan

Janji-janji Allah S.W.T tentang kemenangan umat Islam adalah benar. Dan cita-cita ummah untuk bangkit kembali bukanlah angan-angan yang terawang-awangan. Cuma yang perlu disedari seterusnya diperbaiki ialah beberapa kesilapan umat Islam yang menghalang kejayaan.

Umat Islam kini sedang mengalami krisis keimanan dan keyakinan yang kian parah. Berapa ramai umat Islam yang kehilangan ciri mukmin muslim yang sebenar. Betapa ramainya muslimin yang berpenyakit wahan (cintakan dunia dan bencikan mati).

Seterusnya umat Islam kini membiarkan pemimpin yang zalim menguasai mereka. Mereka seolah-olah merestui dan meredhai kezaliman dan kekejaman pemimpin tersebut, serta tidak menyedari hal tersebut membawa kecelakaan kepada mereka. Apakah umat Islam melupai amaran Allah S.W.T tentang perkara ini. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukarkan nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?” (Ibrahim : 28)

Hampir keseluruhan umat Islam kini bergantung kepada kaum kuffar dalam ekonomi dan politik. Pemimpin-pemimpin umat Islam telah mengangkat orang-orang kafir sebagai tempat pergantungan. Umpamanya apa yang telah berlaku di dalam Perang Teluk. Betapa dungunya tindakan memanggil orang-orang kafir untuk mendapatkan perlindungan. Bukankah Allah S.W.T telah melarang muslimin daripada menjadikan musuh sebagai teman apalagi untuk diminta bantuan? Firman Allah yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhku dan musuhmu menjadi teman-teman setia..” (Mumtahanah : 1)

Penutup

Jelasnya umat Islam kini menuju kejatuhan disebabkan kesilapan-kesilapan mereka sendiri. Kesilapan yang tidak dilakukan oleh umat terdahulu yang telah menaikkan maruah umat Islam di mata dunia dan mencapai kemuliaan di akhirat. Demikianlah apa yang telah dinyatakan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran bahawa satu kaum itu binasa disebabkan oleh perbuatan mereka sendiri. Firman Allah yang bermaksud : “Dan Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Maka mereka ditimpa oleh (akibat) kejahatan dan diliputi oleh azab yang selalu mereka perolokkan.” (An-Nahl : 33/34)

Wahai pemuda-pemudi Islam! Ayuhlah! Bangkitlah! Perjuangan ini mesti diteruskan, kemenangan Islam adalah milik kita, hak kita sebagai umat Islam..umat Nabi Muhammad S.A.W. Kitalah golongan ansorullah yang akan mempertahankan kemuliaan dan kesucian Islam ini. Yakinlah, kemenangan Islam akan tiba suatu hari nanti.

(Risalah HEWI - Julai 1992)

PMRAM Perkukuhkan Jalinan Kerjasama Dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir

KAHERAH, 21 Dis - Kementerian Pengajian Tinggi Mesir (KPT) hari ini melalui Jabatan di bawahnya iaitu Nadi Wafidin telah mengadakan satu ceramah sempena meraikan tahun baru 1432 H yang berlangsung di Imaduddin, berhampiran Ramsis.

Ceramah Maal Hijrah itu telah itu disampaikan oleh Dr. Farhat Said iaitu salah seorang anggota Sekretariat Institut Penyelidikan Islam, Universiti al-Azhar. Turut memeriahkan majlis ceramah Maal Hijrah itu wakil-wakil pelajar daripada pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Chad, Komoras dan lain-lain lagi.

PMRAM juga turut menghadiri majlis tersebut yang diwakili oleh Saudara Abdul Aziz Bin Ali, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa dan Saudara Mohd Salehuddin bin Mohd Safien, Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan.

Ceramah tersebut bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir kira-kira jam 9.00 malam itu banyak menyedarkan para hadirin tentang kepentingan hijrah kepada ummat Islam khususnya kepada golongan pelajar.

Terdahulu, pihak KPT Mesir telah menjemput PMRAM untuk persembahan kesenian sempena program hari muzikal dan pasukan futsal sempena hari kesukanan anjurannya yang diadakan seminggu sebelum itu.

"Sesungguhnya jalinan kerjasama yang sedia terjalin antara PMRAM dan KPT Mesir ini dapat dipereratkan lagi demi kepentingan bagi kedua-dua pihak pada masa yang akan datang ", Ujar Saudara Mohd Salehuddin ketika ditemui selepas pulang daripada program tersebut.

PMRAM Tetap Optimis Membantu Mahasiswa Baru Dari Sudut Akademik

KAHERAH, 21 Dis - Kelas tafaqquh khas pelajar Markaz Bahasa Al-Azhar di bawah kelolaan Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2010 telah berjalan selama 2 minggu.

Pengajian kitab Al-Muqaddimah Al-Hadramiah (Fiqh As-Syafie), dan At-Tuhfah As-Saniah (Nahu) ini diadakan pada setiap hari Selasa dan Rabu bermula jam 7.30 malam.

Perjalanan kelas telah mendapat kerjasama yang baik daripada Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAN masing-masing yang memantau kehadiran para peserta.

Jumlah pelajar yang dianggarkan seramai lebih 200 orang ini telah memenuhi kawasan pengajian yang bertempat di Rumah Terengganu dan Rumah Wilayah.

"Pihak PMRAM amat optimis dengan keberkesanan usaha yang dilakukan, dan berharap agar ia dapat membantu mereka sebelum meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar," kata Saudara Muhammad Yusuf bin Abd Kadir selaku Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM bagi sesi ini.

Segala maklumat dan butiran pengajian boleh dirujuk kepada jadual yang telah diedarkan ke BKAN masing-masing.

Senarai Calon Kepimpinan BP PMRAM & AJKT HEWI PMRAM 2011


Dengan ini, Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2010 mengisytiharkan calon-calon kepimpinan BP PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM 2011 adalah seperti berikut:

CALON PRESIDEN PMRAM

MUHAMMAD ZUHAILI B. SAIMAN

16868
SYARIAH ISLAMIAH SELANGOR / KAHERAH

CALON-CALON BADAN PENGURUS PMRAM


1. ZULHAFEEZ B. AHMAD ZAHIDI

18387

BAHASA ARAB

PERAK / KAHERAH


2. IBRAHIM B. ANI

17240

SYARIAH ISLAMIAH

KEDAH / DUMYAT


3. MOHD HAFIZZUL AZRI B. AZMAN

19111

AL-QURAN

SELANGOR / SHOUBRA


4. AHMAD BAIHAKI B. RASHID

18114

SYARIAH ISLAMIAH

PAHANG / KAHERAH


5. AHMAD DANIEL B. MOHMAD HASSAN

19558

BAHASA ARAB

JOHOR / KAHERAH

6. NUR AHMAD WAFIY B. NOOR AZRI
17042

AL-QURAN

KEDAH / TANTA

7. AHMAD ZAMZANI B. CHE DAUD
20611

BAHASA ARAB

KELANTAN / KAHERAH

8. NORHALIS SYAFIQ B. AHMAD
19509

SYARIAH ISLAMIAH

WILAYAH / TANTA


9. ABDUL AZIZ B. ALI

18495

BAHASA ARAB
KELANTAN / KAHERAH

:: KESEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING ::

CALON-CALON AJKT HEWI PMRAM 2011

1. INTAN SORAYA BTE HASHIM
20601

BAHASA ARAB

SELANGOR / KAHERAH


2. NURUL ARIFAH BTE HILMI

19383

USULUDDIN

KEDAH / KAHERAH


3. JUHAIDA BTE ABDUL HAMID

18417

BAHASA ARAB

KEDAH / KAHERAH


4. NORHASHIMA BTE MAJID

19244
USULUDDIN
PERAK / MANSURAH


5. NURUL NADIRAH BTE AW.MOHD NOR

20254

AL-QURAN

PAHANG / MANSURAH

6. NAUFAL BTE KAMARUDDIN
19470

BAHASA ARAB

TERENGGANU / KAHERAH


7. NURLIDA BTE KELIMA

18654

SYARIAH ISLAMIAH

KELANTAN / ISKANDARIAH


8. KAMILAH BTE CHE RAZALI
19431
SYARIAH ISLAMIAH

KELANTAN / KAHERAH


9. SITI SARAH BTE BUSHARI

18454

BAHASA ARAB

JOHOR / KAHERAH


10. SUHANA BTE IDRIS

17296

USULUDDIN

PERAK / MANSURAH


11. SITI MAISARAH BTE YUSOF

14934

USULUDDIN

JOHOR / KAHERAH


12. SHAZAZIERA BTE SHARIF

19475
BAHASA ARAB
TERENGGANU / KAHERAH

:: KESEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING ::

DISEDIAKAN OLEH: SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM 2010

BERSIH - TELUS - AMANAH

sumber: www.spr-pmram.blogspot.com

Tarikh Bantahan Calon BP Dan HEWI PMRAM 2011

Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (SPR PMRAM) 2010 telah memutuskan bahawa tarikh untuk bantahan calon-calon kepimpinan PMRAM dan HEWI yang akan diisytiharkan esok ialah pada 26 disember 2010 iaitu pada hari Ahad bermula pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang di bilik gerakan SPR.

Sehubungan dengan itu, diminta kepada semua pihak yang ingin tampil untuk membantah calon terlebih dahulu meneliti peraturan-peraturan bantahan yang telah ditetapkan oleh SPR. Segala permasalahan boleh merujuk terus kepada pengarah dan timbalan pengarah SPR 2010.Harap maklum.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus menghubungi Pengarah SPR PMRAM 2010, Saudara Ab Samad bin Abdul Aziz, di talian +20119893830 atau Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2010, Saudari Hanisah binti Muslim, di talian +20113713628, ataupun melalui blog rasmi SPR PMRAM, http://spr-pmram.blogspot.com/

Thursday, December 23, 2010

KUIZ MADRASAH SAIDATINA AISYAH (2)








Anjuran Oleh :

Unit Penterjemahan & Unit Nadi Ukkaz
Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa HEWI PMRAM 2010

Tuesday, December 21, 2010

KUIZ MADRASAH SAIDATINA AISYAH (1)

MINGGU PERTAMA :


MINGGU KEDUA :

MINGGU KETIGA :
MINGGU KEEMPAT :
MINGGU KELIMA :
Anjuran Oleh :

Unit Penterjemahan & Unit Nadi Ukkaz
Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa HEWI PMRAM 2010

Tips Penjagaan Kesihatan Musim Sejuk

Kesihatan manusia banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti kebersihan, makanan serta perubahan suhu persekitaran. Perubahan suhu atau musim memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pelbagai perubahan fizikal badan kita.

Secara umumnya, badan kita berfungsi dengan baik pada suhu tertentu / spesifik (36.5-37.2 darjah celcius) .

Sebarang perubahan suhu persekitaran akan mengakibatkan adaptasi badan kita terhadap perubahan tersebut malah mengganggu sistem imuniti badan terutamanya jika perubahan mendadak. Kesannya, kita terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman dan virus akibat immuniti yang lemah. Kanak –kanak dan orang tua lebih cenderung untuk mendapat jangkitan pada musim ini.

Batuk, selesema, demam, sakit tekak, sakit badan atau sengal badan adalah keadaan atau penyakit biasa ketika musim sejuk. Sesak nafas dan frostbite (sel beku dan pengecutan salur darah yang melampau) pula berlaku akibat persekitaran yang terlalu sejuk.

Jika keadaan-keadaan ini berlanjutan, sila dapatkan rawatan doktor.

Antara cadangan penjagaan kesihatan pada musim sejuk ialah :

1) Lazimi minuman panas atau suam seperti teh herba dan Anise (yansoon@ jintan manis). Makan makanan yang mampu memanaskan badan seperti madu,coklat (bukan gula-gula), halia, lada dan bawang putih.
2) Mandi menggunakan air suam serta elak daripada mandi berulang kali sehari terutamanya pada waktu malam.
3) Pastikan tubuh dilap sehingga kering sebelum keluar daripada bilik air.
4) Elak keluar rumah sejurus selepas mandi. Rehat seketika ( 15-30 minit) sebelum keluar rumah untuk mengelakkan badan terkesan daripada perubahan suhu persekitaran secara mendadak.
5) Pakai pakaian yang tebal dan selesa (panas) apabila berada di luar rumah. Elak memakai pakaian nipis terutamanya bahagian dada.
6) Lazimi amalan membasuh tangan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
7) Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan (seperti oren/limau) dan sayur-sayuran (sayuran hijau) untuk memastikan badan mendapat vitamin-vitamin yang membantu menguatkan immuniti badan. Pengambilan supplement seperti Vitacid @ pil habbatussauda juga digalakkan.
8) Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein yang tinggi (telur, ikan dan daging) dan carbohydrate / kanji (nasi dan kentang). Kurangkan pengambilan lemak berlebihan.
9) Tingkatkan pengambilan air (sebaik-baiknya air suam) untuk membantu merembeskan toksin dalam badan serta mengekalkan suhu badan.
10) JAUHI TABIAT MEROKOK. Meningkatkan kecenderungan untuk mendapat jangkitan sistem pernafasan. Asap rokok mampu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada penghisap (smoker) tetapi juga orang berhampiran (passive smokers).
11) Pakai pakaian yang tebal dan selesa (panas) apabila berada di luar rumah.
12) Jika terlalu sejuk, pastikan kain/mafla anda melindungi/menutupi rongga seperti telinga,mulut dan hidung untuk mengurangkan kehilangan haba badan.
13) Lazimi senaman ringkas untuk meningkatkan suhu badan.
14) Buka tingkap bilik anda (30 minit, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu) untuk pengudaraan serta pancaran cahaya matahari.
15) Jauhi makanan dan minuman ringan kerana mampu melemahkan immuniti badan.
16) KECEMASAN – rendam di dalam air suam atau lindungi dengan kain yang tebal dengan SEGERA jika anda mengalami frostbite (rujuk di atas) (bertukar menjadi biru/sangat pucat) pada bahagian jari, hidung dan cuping telinga.

Jika anda menyertai lawatan ke tempat sejuk seperti Sinai, berikut disertakan beberapa cadangan untuk penjagaan kesihatan dan keselamatan :

1) Pastikan pakaian anda bersesuaian (pakaian sukan. Bagi wanita, pakaian yang memudahkan pergerakan mengikut kesesuaian).
2) Pakaian yang tebal dan selesa (rujuk di atas)
3) Sebaik-baiknya bawa bekal coklat (chocolate, bukan gula-gula) untuk meningkatkan suhu badan.
4) Tutup/ lindung telinga anda untuk mengelakkan kehilangan haba daripada rongga. (elakkan menutup hidung dan mulut dengan kain tebal untuk mengelakkan sesak nafas).
5) Bawa air (sebaik-baiknya air panas di dalam termos). Air (walaupun sejuk) amat penting untuk mengelakkan dihidrasi (dehydration @kurang air dalam badan)
6) Bergerak dalam kumpulan dan rapat (badan manusia menghasilkan haba).
7) Elak duduk berehat terlalu lama (lakukan senaman ringan). Aktiviti/ pergerakan badan menghasilkan haba.

Rujukan:

-Buku ;
1) Clinical Medicine, Kumar&Clark’s.Environmental Medicine.
-Laman web;
1) http://hubpages.com/hub/Winter-Health-Care-Tips
2) http://www.nationmultimedia.com/home/2010/11/01/national/Doctors-warn-of-winter-illness-30141256.html
3) http://en.wikipedia.org/wiki/Frostbite

Disediakan oleh,
Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan PMRAM

Monday, December 20, 2010

Nukilan : Mahasiswa Islam Harapan Ummah

Allah Taala berfirman di dalam al-Quran Surah al-Zumar ayat 9 yang berbunyi :

Katakanlah lagi (kepadanya) : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"

Para mahasiswa Islam Harapan Ummah.

Kita adalah masyarakat yang terpilih yang telahpun dinobatkan oleh Allah sebagai satu kelompok masyarakat yang diberikan peluang untuk menuntut ilmu di Perlembahan Nil ini. Majoriti mahasiswa dan mahasiswi di Mesir ini adalah penuntut pengajian Islam manakala yang berbaki adalah mahasiswa dan mahasiswi daripada bidang perubatan.

Sekalipun wujud perbezaan antara dua disiplin ilmu ini, namun perbezaan yang wujud tidak dapat menafikan bahawa kita semua tanpa berkecuali adalah seorang mahasiswa dan masyarakat pelajar yang sedang membina karisma ilmu agar kewujudan kita pada masa hadapan adalah satu hadiah terulung buat masyarakat manusia khususnya di Malaysia.

Maka sayugia bagi seluruh mahasiswa di Perlembahan Nil ini agar bersyukur kepada Allah yang telah memberikan kepada kita semua satu peluang untuk meraih sebanyak ilmu pengetahuan yang ada di dataran bertuah ini.

Ilmu adalah segalanya.

Saya menyeru kepada seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir agar kembali mengkoreksi diri dari sudut ketekunan kita dalam menuntut ilmu. Sebagai seorang yang bergelar mahasiswa dan penuntut ilmu, gelaran ini sudah cukup untuk mencerminkan tindak tanduk dan aktiviti harian kita yang sepatutnya dan sewajibnya sepanjang keberadaan kita di Mesir ini. Tidak selayaknya kita sebagai seorang mahasiswa Islam yang berada di menara gading terulung; al-Azhar as-Syarif dan universiti-universiti pengajian perubatan hanya menjadikan aktiviti ilmu, belajar mengkaji dan mentelaah sebagai aktiviti sampingan.

Sekiranya begitu, saya berpandangan bahawa kita adalah seorang pelancong yang datang ke Mesir untuk bersiar-siar lalu disebabkan wujud beberapa minit yang berbaki, kita habiskan minit-minit waktu yang berbaki untuk meninjau-ninjau apa yang dikebumikan di dalam buku-buku dan hasil tangan para ulama dan ilmuan silam.

Sepanjang pengamatan saya selama saya berada di Mesir, saya mendapati para mahasiswa Islam di Mesir secara majoriti adalah masyarakat yang pelajar yang malas dan sering membuang masa. Kehidupan harian mereka dihabiskan dengan berbual-bual kosong, melayari kehendak mereka menerusi pelayaran internet, menghujani badan dengan aktiviti sukan, menonton filem sama ada filem tersebut adalah filem yang baik atau sebaliknya, tidur dan berkhayal.

Walaupun tidak dinafikan bahawa wujud beberapa individu pelajar yang tahu tugas rasminya sebagai seorang pelajar, namun bilangan kerdil ini tidak dapat membaham lautan manusia Malaysia Mesir yang lebih banyak membuang dan mensia-siakan masa daripada memetik ilmu yang meranum.

Sampai bila kita akan terus lena dalam kealpaan ini? Apakah seorang petani boleh dianggap sebagai seorang petani sekiranya dia hanya memperuntukkan 5 minit dalam sehari untuk memegang tumbuh-tumbuhan di lading sedangkan waktunya yang berbaki dihabiskan dirumah, di kedai kopi dan sebagainya?

Apakah sebenarnya faktor yang menyebabkan mahasiswa Islam di Mesir khususnya lesu dalam arena memperkukuhkan diri dengan ilmu?

Saya mempunyai satu pandangan dan pandangan ini pastinya akan memerahkan cuping-cuping telinga banyak pihak. Walau bagaimanapun apa salahnya untuk saya bentangkan pandangan ini dihadapan masyarakat intelek untuk dikaji sejauh mana kebenarannya.

Bagi saya,selain daripada sikap malas dan tiada jati diri dalam jiwa para mahasiswa, saya berpandangan bahawa faktor ketidaklayakan untuk bergelar seorang pelajar universiti adalah sebab utama mengapa kebanyakan mahasiswa Islam di Mesir acuh tidak acuh dalam menggali ilmu pengetahuan di Mesir.

Maafkan saya kalau kalam ini memang kasar namun apa salahnya untuk kita renungi bersama mana tahu ada yang tersentak lalu kembali memulakan langkah sebagai seorang penuntut Ilmu agama.

Lihat ya. Bukankah ada dikalangan kita yang memiliki nilai sijil yang rendah sehingga dia tidak layak untuk menduduki mana-mana universiti di Malaysia, lalu apabila sijil yang dimiliki tidak diterima oleh mana-mana universiti di Malaysia, dia terus bergegas ke universiti-universiti di Mesir untuk memaksa universiti-universiti tersebut memberikan gelaran “mahasiswa” kepadanya. Ini bermaksud universiti Al-Azhar dan universiti-universiti lain yang ada di Mesir ini hanyalah sebagai kuda tunggangan kepada orang ini agar dia diberikan title ilmu sedangkan sepanjang dia berada di Mesir, dia hanya berfoya-foya dan membuang masa tanpa ada rasa bersalah kerana tidak melunaskan tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu.

Pastinya orang yang tidak layak bergelar sebagai mahasiswa sebuah universiti tidak akan dapat menjiwai nilai ilmu dan semangat yang ada dalam sukma seorang penuntut universiti. Kalau begitu tidak mustahillah sekiranya dia hanya menjadi pelancong sepanjang dia berada di Mesir.

Kalaulah pandangan saya ini ada benarnya, maka fenomena kemalasan yang cukup ketara di Mesir ini adalah natijah daripada masalah ini. Semestinya kita tidak akan mampu untuk meminta daripada seorang individu yang tidak layak untuk bergelar seorang pelajar universiti pada hakikatnya menjiwai perjuangan dan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa yang menggendong amanah ilmu buat manusia seajmainnya.

Maafkan saya di atas pandangan yang tidak sedap untuk didengar ini.

Para mahasiswa sekalian,

Sekalipun berkemungkinan kita adalah tergolong dikalangan manusia yang tidak layak untuk memasuki universiti-universiti di Malaysia, namun dengan takdir dan kurniaan Allah, kita telahpun diberikan peluang untuk menghirup udara kamar-kamar universiti di Mesir.

Bukankah kita sekarang adalah seorang mahasiswa? Maka kenapa kita tetap tidak mahu berubah? Mengapa tetap menjadi spesis manusia pembuang masa dan manusia yang aktiviti hariannya adalah aktiviti berfoya-foya? Sudahlah datang ke Mesir dalam keadaan tidak layak untuk memasuki mana-mana universiti, sudah mendapat peluang, peluang yang ada diabaikan pula.

Saya merintih dan menangis di atas kemalasan dan kebodohan kalian. Saya menyeru kalian untuk menyahkan kemalasan dan sikap acuh tidak acuh yang telah mendarah daging dalam tubuh kalian lalu terus bersiap untuk menjadi seorang yang ada jati diri dan kesedaran.

Walaupun mungkin kalian tidak bernasib baik dalam merangkul sijil yang hebat semasa kalian di Malaysia dahulu, namun kalian bukanlah tidak mampu untuk mencorakkan kembali kehidupan gemilang kalian dalam arena ilmu. Sampai bila kalian ingin menjadi pelancong. Tidak teringinkah untuk kalian menobat kembali amanah ilmu dan menjadikan waktu yang bersisa sebagai modal untuk menjadi seorang penggendong ilmu yang akan menarik kembali tangan manusia agar kembali kepada Allah dan SyariatNya?

Ingat! Esok lusa Allah akan mempersoalkan tindakan kalian yang menghabiskan wang zakat dan wang keluarga sedangkan ilmu yang dipertanggungjawabkan hilang entah kemana.
Kalian sendiri yang perlu untuk menjawabnya.

Maafkan saya,

Hairul Nizam Mat Husain.
Mantan Presiden PMRAM 2006 dan 2007

Saturday, December 18, 2010

Cerpen : Hati Seorang Abah

SATU

DIA pernah marahkan abah. Kalau bukan kerana abah, pasti dia tidak akan tercampak di situ. Bergelumang dengan debu pepasir, terkejar ke sana ke mari hingga lelah mengurus diri. Memang abah punca keberadaan dia di situ. Keputusan abah ibarat batu besar menghempap diri. Dia diserang amarah tidak terluah apabila abah menyuarakan keputusan.

“Adik harus patuh kata abah. Kalau kata abah adik sanggah, abah terpaksa jadikan ia satu perintah.”

Mengapa abah begitu berkeras? Sedang pintanya tidaklah seruwet mana untuk ditunaikan. Dia hanya mahu menyusul jejak abang-abang dan kakak-kakaknya memilih haluan hidup atas tangan sendiri. Itu sahaja, takkan itu pun abah tidak mengizinkannya. Bukan tiada yang sudi membela dirinya, tetapi sikap abah yang membatu diri, memekak telinga dan menuli gegendang menghalang ibu dan adik-beradik mempertahankan pilihannya.

“Manusia dikurniakan dua telinga dan satu lidah supaya dia mendengar dua kali dan berbicara satu kali.” Dia mencenung wajah tenang abah, cuba memahami maksud kata-kata abah.

DUA

“Luqman, kamu harus cepat. Kita tidak akan dapat mengikuti kelas jika tidak segera.” Lambat baru dia menoleh Elyath yang memeluk erat bahunya. Gontai menghayun langkah, keluh terpacul daripada bibir. Mengingat dia dihalau pensyarah kelmarin, akibat terlewat tiba di dewan kuliah hatinya bertambah sakit pada abah. Dia belum mampu menyesuaikan diri di bumi itu biarpun sudah hampir sebulan dia menyandang gelar siswa Al-Azhar cawangan Kaherah.

Dia sudah letai berurusan dengan masyarakat tempatan di situ apalagi segala urusan pengajian harus diberesi sendiri. Minggu sudah dia berurusan di Madinatil Bu’uth untuk urusan menyambung visa pelajar. Seawal jam enam setengah dia menapak ke perhentian bas. Sudahlah keletaian menunggu bas yang tidak mempunyai waktu perjalanan tetap, perut bas pula sendat melebihi tin sardin hingga dia terpaksa berhimpit rapat dengan penumpang lain yang punya perangai entah apa-apa – terjerit-jerit apabila berkomunikasi antara satu sama lain. Bas juga tidak berhawa dingin, ditambah jalan raya yang senantiasa sesak, hingar-bingar dengan bunyi hon – masing-masing keras kepala mahu tiba dahulu tanpa mahu patuhi peraturan lalu lintas. Selamat tiba ke destinasi telefon bimbitnya pula kecopetan.

Hampir setiap hari dia menghubungi ibu mengadu kesulitan yang dihadapi, tidak putus juga dia memohon bantuan ibu agar memujuk abah membatalkan keputusannya. Namun setiap kali itulah abah menitip pesan, “Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan ada kalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata. Kalau adik tidak rasai kesulitan hari ini, adik tidak akan rasai kemanisan kemudian hari.”

Ah! Abah hanya tahu berfalsafah, bukannya mahu memahami masalah. Semenjak itu dia tidak lagi mahu berbicara dengan abah apabila menghubungi keluarga. Terasa marahnya pada abah kian membara.

TIGA

Ramadan yang bertandang menyingkap hikmah keputusan abah. Dia mula sedar bahawa abah tidak pernah silap dalam menentukan masa hadapannya. Orang tua biasanya menilai sesuatu berdasarkan mata dan imannya, sedang orang muda hanya menilai melalui matanya sahaja. Bukankah orang tua sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka?

Ternyata Ramadan di situ lebih meriah daripada Aidilfitri di bumi Malaysia. Dari celah fanus yang bergantungan pada setiap penjuru rumah dan bangunan-bangunan bagai terasa cahaya pembentukan syakhsiah yang mulia. Meski pernah diajar abah suatu ketika dahulu, dia kini kembali melazimi amalan menjaga solat lima waktu berjamaah, bertadarus al-Quran, berzikir – memperbanyak selawat ke atas Nabi saw, solat tarawih, berqiamullai dan muhasabah diri. Saat itu, jiwanya hidup atas kebesaran Tuhan yang selama ini dibutakan.

Pada kemerduan alunan mashaf yang dibacakan dalam sembahyang membuatkan jiwa rohaninya betul-betul mempunyai keterikatan pada Allah swt. Marahnya pada abah lebur dalam satu juz alunan Al-Baqharah. Meski kaki terasa penat, nafas terasa lelah berhimpitan, dia tegak berdiri, sedikit pun tidak berganjak meninggalkan saf. Dia jadi cermat memandu emosi agar tidak keluar dari saf akal yang dibumbu nafsu.

Pada maidah ar-rahman yang dijamah, dia temui keteguhan ukhwah, sifat meringankan beban yang susah dalam huluran sedekah.

Betapa besar limpahan nikmat dan kasih sayang Tuhan yang terkandung dalam hidup yang diberkati. Dan dia cukup tahu, ia tidak datang begitu sahaja. Perlu ada usaha dan kesungguhan mendapatkannya. Melalui hari-hari Ramadan, berembesan manik jernih dia mensyukuri hidup di lantai Kaherah.

Benar abah tidak salah, dia yang silap memahami. Pada debu pepasir yang menjerba dia menilai ketulusan keputusan abah, menyalin ketabahan tentera Islam yang menjulang panji kemenangan dalam peperangan Badar 17 Ramadan 2 Hijrah. Jumlah seteru yang jauh lebih besar bukan bermakna mereka akan tewas, sedang senjata manusia beriman adalah doa pengharapan kepada Tuhan Yang Esa. Begitu dia mencantum persamaan; kerumitan yang wujud bukan penyebab dia berputus asa. Dia mahu lahir sebagai pejuang di bumi kelahiran Musa as.

EMPAT

Dia tercegat di kaunter bagasi. Menanti ketibaan barang-barang yang di kargo sebelum berlepas kelmarin sambil rongga trakea menyedut dalam-dalam oksigen tenang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Aromanya yang jauh berbeza dengan geger kota Kaherah mengundang ketenteraman jiwa.

Kedengaran pengumuman ketibaan bagasi. Kelibat barang-barang yang berpusing memakai tanda CAI – KUL jelas di hadapan. Kira-kira 15 minit dia akan menaiki train ke balai ketibaan cukup untuk dia melangsai zikir dan doa penghujung Syaaban melangkaui angka puluhan. Sesekali korneanya menangkap isi kandungan telegram abah di tangan.

Tiba di balai ketibaan, abah sudah menanti.

“Assalamualaikum, bakal pejuang.” Abah menghulur tangan. Dia menyambut kejap membawa ke hidung. Tubuh abah dirangkul erat bersulam rasa terima kasih yang sarat.

“Bagaimana sekarang?”

“Alhamdulillah, semakin baik. Berkat kedatangan Ramadan terdahulu adik sudah boleh menyesuaikan diri. Banyak perkara yang dipelajari. Kesulitan mengajar manusia bahawa lorong seorang pejuang jalannya berliku.” Abah tersenyum. Rangkulan terlerai, rindu berpapasan pergi.

“Baguslah. Abah dengar, durian yang ditanam masak elok di padang sahara. Bau yang enak belum tentu menjamin isi dalamnya. Manalah tahu enak hanya pada baunya, tapi isinya lompang. Bagi memastikan, abah mahu belah dan rasai manis ranumnya.” Dia mencenung abah dengan cepu kepala masih terisi tanda tanya.

Kepulangan dia ke tanah air setelah hampir tiga tahun bermukim di bumi Musa atas permintaan abah. Apabila ditanya, jawapan abah tetap macam dahulu sarat dengan falsafah yang memerlukan kepada tafsiran kata-kata lain. Berpaling pada ibu, ibu segera menyatakan yang abah mahu rasai pengalaman Ramadan bersamanya.

LIMA

Petang menjelang Ramadan di kampung, abah membawa dia menjenguk madrasah. Memperkenalkan pada Imam tua di kampung. Abah bersungguh-sungguh membantu jamaah madrasah bergotong-royong membersih madrasah yang sederhana besar kawasannya.

“Sudah lama madrasah ini sunyi Haji, elok juga kalau kedatangan Ramadan kali ini diserahkan pada orang muda. Saya pun sudah terlalu tua, kalau mengajar orang-orang kampong sudah jemu. Untung ada orang muda. Orang muda ni lain Haji, kudrat kuat, akal pun cerdas. Tambahan pula mengaji di Negara Arab, banyak yang tersimpan dalam kepalanya tu.” Senyum abah melebar mendengar kata-kata Imam Sidek, sedang dia berkordial di tangkai hati masih cuba memahami falsafah abah kelmarin.

Ramadan musim itu dia diawasi abah. Waima tidak semeriah di Kaherah, Ramadan tetap indah bersama abah. Rutinnya banyak dihabiskan di madrasah. Sebelah pagi sesudah subuh, memberi kuliah. Menjelang tengah hari, dia disuruh abah membetulkan bacaan al-Quran penduduk kampung. Manakala apabila sore menjelang, dia akan mengepalai majlis tadarus al-Quran. Kala malam menjelma dia mengimami sembahyang Tarawih dalam qiraat Hafs satu juz satu malam. Usai tarawih abah merencana kelas agama untuk dia kendalikan bagi santapan penduduk.

Masanya banyak dihabiskan bersama abah. Jika dia mengendali kelas, abah akan duduk di belakang jemaah. Terkadang, iris dan korneanya menangkap senyum di bibir abah dari kejauhan.

ENAM

“Kenapa tidak kejut abah tadi?” Abah baru selesai berwuduk menyua pertanyaan kepadanya sebelum tertib mengangkat takbiratul ihram.

“Adik ingat abah tidak mahu qiamullai,” dia menjawab tenang keharuan dengan kesungguhan abah mahu merebut malam Lailatul Qadar di akhir sepuluh Ramadan.

“Adik lupa, Nabi bersabda: Siapapun mengintainya, maka hendaklah dia mengintai pada malam ke dua puluh tujuh.”

Dia mengangguk memahami maksud abah. Meniti malam-malam terakhir Ramadan adalah kesempatan emas bagi umat Muhammad saw untuk meraih keutamaan ibadah yang sangat istimewa dengan modal ketekunan maksimum. Dan keutamaan yang istimewa itu dilipat gandakan pahala ibadah seribu bulan.

Dia menyeka kolam mata dengan kura tangan apabila mendengar patah-patah bicara abah menitip doa dan munajat yang diiringi empangan jernih yang pecah. Terasa dekatnya abah dengan Allah SWT sebagaimana dia mencari diri di permulaan Ramadan di bumi Kaherah. Cukup besar harapan dia agar doa dan munajat abah dimakbulkan dengan keberkatan sepertiga malam di hujung Ramadan yang berlimpahan rahmat.

“Ramadan hanya tinggal sehari. Esok atau lusa kita akan beraya. Entah bertemu lagi dengan Ramadan atau tidak di tahun akan datang. Sayang, biarpun ramai yang mengetahui kehebatan bulan ini tetapi kesempatan Ramadan hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Tujuh hari kita berpuasa sudah banyak kempen menyambut hari raya.” Kata abah kedengaran di telinganya apabila lembar mashaf ditutup. Cerlang matanya dihalakan pada abah mohon pengertian.

“Keingkaran manusia terhadap agama hari ini adalah akibat daripada keterasingan agama dalam kehidupan alamiah, sehingga manusia tidak merasakan erti agama kecuali dalam sembahyang Jumaat, ketika azan dikumandangkan dan ketika Ramadan.”

“Maafkan abah kerana pernah memaksa adik akur pada kehendak abah.”

TUJUH

“Adik, waktu berbuka hampir tiba.” Lembut suara ibu singgah di corong telinganya. Dia mengangkat wajah lalu sinar matanya mengambus dua musim Ramadan yang berlalu bersama abah dan pengalaman di lantai Kaherah.

Dia duduk membetulkan posisi tafakur memperkemas layar ingatan pada seraut wajah yang telah pergi. Moga dua musim Ramadan yang berlalu tidak sekadar mentradisikan agama. Mengakui kata-kata abah, agama bukan falsafah. Tetapi dengan merenungi falsafah akan bertambahlah iman dan agama seseorang.

Dia menghantar gugusan doa dan jambangan al-Fatihah untuk abah pada malam terakhir Ramadan. Syawal kali ini terasa pilu tanpa kehadiran abah.

Glosari:

Fanus: lampu yang dinyalakan oleh masyarakat Mesir di rumah-rumah atau bangunan bagi meraikan kedatangan Ramadan.

Maidah ar-rahman: juadah berbuka puasa yang disediakan oleh golongan tertentu di Mesir bagi menjamu tetamu terutamanya orang asing.


BIODATA :

SAMMAITUHA NAJWA, nama pena bagi Siti Khadijah Abd Ghaffar yang dilahirkan di Negeri Sembilan dan kini menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Menulis dalam genre puisi dan cerpen. Karyanya pernah mendapat tempat dalam Berita Minggu, majalah Tunas Cipta, Nur dan Dara.com, serta radio IKIM.fm. Beberapa karya beliau turut dimuatkan dalam Antologi Cinta Dan Rona Kinanah, Komik Lagenda, Gema Negeri, Suara Kampus, Warta dan Suara Hewi serta Pertubuhan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Beliau adalah peserta Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara 2007 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tarikh Pembukaan Pencalonan BP Dan HEWI PMRAM 2011

Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010 (SPR PMRAM 2010) hari ini mengumumkan bahawa, tarikh pembukaan pencalonan bagi memilih Badan Pengurus PMRAM (BP PMRAM) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWI PMRAM) bagi sesi pentabiran 2011, adalah pada 20 Disember 2010 sehingga 23 Disember 2010, bersamaan dengan hari Isnin sehingga Khamis, 14 Muharram 1432H hingga 17 Muharram 1432H.

Pencalonan dibuka kepada seluruh ahli PMRAM yang berada di setiap cawangan, tidak kira mahasiswa Pengajian Islam mahupun Perubatan. Tarikh tersebut telah dipersetujui oleh SPR PMRAM yang telah menetapkan di dalam perbincangan mesyuarat.

Thursday, December 16, 2010

Makluman Untuk Penerima Minhah Jam’iyyah Syar’iyyah

SENARAI PENERIMA BANTUAN JAM’IYYAH SYAR’IYYAH SESI 1431H (SESI LEPAS)

Penama-penama ini, link : http://www.pmram.org/index.php?option=com_remository&Itemid=58&func=startdown&id=88 dikehendaki untuk memperbaharui butiran diri bagi menyambung biasiswa sesi 1432H. Bagi yang belum berbuat demikian, anda perlu menghantar:

1- Tasdiq asli

2- Salinan tasdiq

3- Salinan passport

PERINGATAN!

-Pastikan anda mengambil bantuan Jam’iyyah Syar’iyyah tersebut pada setiap bulan. Kegagalan anda berbuat demikian mungkin menyebabkan nama anda ditolak sebagai penerima minhah Jam’iyyah Syar’iyyah.

-Penerimaan/kelulusan setiap permohonan tertakluk pada pihak pengurusan Jam’iyyah Syar’iyyah Mesir.

Manfaatkan Kerjasama Yang Telah Terjalin

KAHERAH, 15 Dis - PMRAM hari ini menyeru kepada mahasiswa peringkat Kaherah memanfatkan kerjasama yang telah terjalin di antara pihak PMRAM dan Jamiyah Syariah dalam konteks kebajikan.

Pembukaan permohonan baru sesi 1432H ini merupakan peluang kepada mahasiswa menampung kewangan mereka sepanjang berada dalam pengajian.

Hal ini dinyatakan Saudara Mohd Farkhan Md Zain selepas pertemuannya dengan pihak Jamiyah Syariah semalam. Beliau yang juga Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM menyarankan para mahasiswa merebut peluang yang sedia ada dalam aspek bantuan kebajikan ini.

Ujarnya lagi “Bukan mudah kita memperolehi LE100 per bulan tanpa dinilai pada borang permohonan pemohon pada aspek akademik”.

Beliau mengulas perkara ini setelah mendapat rungutan dari sesetengah mahasiswa yang sukar mendapatkan pengesahan kuliah (tasdiq) dan terlalu banyak perkara menggunakan tasdiq sedangkan setiap satu tasdiq bernilai LE35.

Tambahnya lagi, mahasiswa tidak perlu risau tentang tasdiq yang dihantar ke Jamiyah Syariah kerana ianya akan dipulangkan semula setelah mendapatkan pengesahan salinan tasdiq yang disertakan.

Dalam pertemuan bulanan PMRAM bersama Jamiyah Syariah semalam, pegawai Jamiyah menegaskan supaya penerima sumbangan sentiasa tidak ketinggalan untuk mengambil bantuan mengikut masa dan hari yang ditetapkan.

Ini bagi mengelakkan pemotongan nama sebagai penerima. Untuk penerimaan 19 dan 20 Disember ini merupakan pembayaran bagi bulan Zulkaedah 1431H. Penerima yang telah menerima bantuan sebelum ini boleh mengambilnya seperti biasa dengan bawa bersama pasport serta no sumbangan.

Semakan Nama

Mahasiswa yang tidak pasti samada mereka masih tersenarai atau tidak pada pembayaran pada 19 dan 20 Disember ini bolehlah merujuk senarai nama yang disediakan (download disini) . Boleh juga terus merujuk kepada Ketua Lajnah atau Unit Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM Saudara Mohd Farkhan dan Saudari Nor Hasyimah Hassan. Semakan ini juga sebagai mempastikan pemohon pernah tersenarai atau tidak dalam permohonan. Jika tidak, mereka bolehlah memohon permohonan baru bagi sesi 1432H.

Bantuan Pembayaran Yuran Pengajian Master Universiti Al Azhar

KAHERAH, 15 Dis - Berdasarkan polisi Jamiyah Syariah seperti yang dimaklumkan, mana-mana mahasiswa yang telah berjaya melepasi peperiksaan percubaan kemasukan ke pengajian ijazah lanjutan (Master) Universiti Al Azhar boleh memohon pembayaran yuran pengajian sebagai menampung kewangan mereka.

Perkara ini ditegaskan pegawai Jamiyah Syariah ketika pertemuan bersama pihak PMRAM dan Jamiyah Syariah semalam. Berikut antara perkara yang perlu di sertakan dalam permohonan;

- Pengesahan atau tasdiq kemasukan ke pengajian ijazah lanjutan (Master) Uni.
Al Azhar sahaja beserta salinan pengesahan tersebut.

- Satu salinan muka depan pasport

- Surat pengecualian pembayaran (izin dafa`) dari Syuun Kuliah

Hantar segera kepada Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM untuk dilakukan proses permohonan pembayaran yuran pengajian dari pihak Jamiyah Syariah. Pembayaran ini hanya untuk mahasiswa Ijazah Lanjutan (Master) dari Universiti Al Azhar.

Saudara Mohd Farkhan ketika mengulas skim ini menyebut, yuran pengajian Ijazah Lanjutan Al Azhar setahun melibatkan pembayaran LE1050.

Ianya satu jumlah yang cukup besar walaupun tidak setanding Universiti lain seperti Universiti Kaherah dan Zamalik. Apa yang diharapkan, peluang baik ini wajar dimanfaatkan demi meringankan bebanan mahasiswa yang melanjutkan pelajaran dalam bidang master.

Selamat Pulang Ke Tanah Air Buat Pegawai Johor Sekeluarga

KAHERAH, 15 Dis - Baru-baru ini HEWI PMRAM Pusat telah berkunjung secara tidak rasmi ke rumah pegawai Johor iaitu Encik Ahmad Hanif bin Naim bagi menziarahi isteri dan keluarga.

Kunjungan wakil HEWI yang diketuai oleh Saudari Norhafiza binti Abdul Wahab beserta empat orang AJKT HEWI disambut baik oleh Puan Rafidah, isteri beliau.

Tujuan ziarah tersebut adalah bersempena keberangkatan pegawai Johor sekeluarga yang akan pulang ke Malaysia pada 16 haribulan ini.

Puan Rafidah atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Long merupakan seorang yang peramah, beliau bukan sahaja mudah mesra dengan anak-anak BKPJM, bahkan beliau juga dikenali di kalangan mahasiswi yang lain.

Encik Ahmad Hanif bin Naim yang bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor telahpun menamatkan perkhidmatannya di sini setelah dua tahun menabur bakti kepada anak-anak BKPJM khususnya.

HEWI PMRAM mengucapkan selamat pulang ke tanah air kepada Ustaz Hanif sekeluarga, semoga selamat sampai ke tanah air.

PMRAM Hadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Hijrah Anjuran WAAG

KAHERAH, 14 Dis - The World Association For Al-Azhar Graduates (WAAG) hari ini telah menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Hijrah dan pengiktirafan utuk pelajar-pelajar asing bertempat di Al-Azhar Conference Centre .

Program yang dihadiri oleh hampir 1300 orang pelajar asing daripada pelbagai negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Bangladesh, Kemboja dan lain-lain lagi berlangsung dengan lancarnya.
PMRAM turut tidak ketinggalan menghadiri program tersebut apabila mendapat jemputan khusus daripada pihak penganjur.

PMRAM diwakili oleh Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime, Presiden PMRAM, Saudara Abdul Aziz bin Ali, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa, dan Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien, Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan.


Antara tetamu kehormat yang turut menghadiri majlis tersebut adalah Dr. Abdullah al-Husaini, Rais Universiti al-Azhar, Sheikh Muhammad Ibrahm al-Kattani, Sheikh Dr. Jamal Farouq, Sheikh Dr. Umar Abdullah Kamil, para doktor, kakitangan WAAG serta wakil-wakil kedutaan.

Majlis yang bermula pada pukul 6.00 malam itu didahului dengan alunan bacaan suci al-Quran oleh pelajar yang berasal dari Bangladesh. Kemudiannya majlis diteruskan dengan ucapan yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat yang berkisar dengan semangat hijrah yang perlu ada dalam diri setiap individu muslim.


Sejurus selepas itu, Majlis diteruskan dengan slot persembahan kesenian islam yang telah dijayakan oleh pelajar-pelajar asing seperti deklamasi syair, khutbah, qasidah dan burdah, serta alunan nasyid. Dalam slot tersebut PMRAM turut menghantar wakilnya iaitu Kumpulan nasyid al-Wadi.


Al-Wadi merupakan kumpulan terakhir yang membuat persembahan pada malam tersebut dengan menampilkan dua buah lagu nasyid. Nasyid yang dipersembahkan itu menggamit hati seluruh hadirin dan mendapat pujian pelbagai pihak.

Wednesday, December 15, 2010

PMRAM Membuka Pengajian Tafaqquh Fiddin Khusus Untuk Pelajar Baru Markaz Bahasa

KAHERAH, 14 Dis - Badan Pengetahuan dan Penyelidikan dengan kerjasama Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM menganjurkan kelas pengajian khusus kepada pelajar Markaz Bahasa sesi 2010/2011.

Kelas yang diadakan 2 kali seminggu ini menggunakan kitab Al-Muqaddimah Al-Hadramiah (Fiqh Syafie) dan kitab At-Tuhfah As-Saniah (Nahu).

Pengajian akan dimulakan pada 14 Disember 2010 (Selasa) dengan pembacaan kitab Al-Muqaddimah Al-Hadramiah oleh Saudara Abdul Halim Ahmad, dan diteruskan dengan kitab At-Tuhfah As-Saniah oleh Saudara Muhammad Hanif Jamaluddin pada hari berikutnya (Rabu).

Pengajian yang akan dijalankan secara mingguan ini akan diadakan di Rumah Terengganu pada hari Selasa dan Rumah Wilayah pada hari Rabu dengan kitab pengajian dijual di tempat-tempat berkenaan.

Kepada Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAN masing-masing bolehlah memantau kehadiran pelajar-pelajar ini ke kelas yang telah disediakan.

Semoga ilmu yang akan diperolehi ini akan menjadi suatu nilai tambah kepada mereka di Perlembahan Nil ini.

Al-Wadi Mengangkat Nama PMRAM Di Peringkat Al-Azhar

KAHERAH, 13 Dis - Dewan Al-Azhar Conference Centre (ACC) hari ini menyaksikan lahirnya bakat-bakat kontemporari dalam PMRAM iaitu kumpulan nasyid Al-Wadi.

Sekitar 1300 orang yang memenuhi Dewan ACC sempena Sambutan Ma'al Hijrah yang dianjurkan oleh WAAG.

Di hadapan para masyaikh Al-Azhar, Naib Dekan Al-Azhar, Ahli Majlis Tertinggi WAAG serta para jemputan, Al-Wadi yang diwakili oleh saudara Syed Aisam bin Syed Idris selaku ketua kumpulan bersama saudara Wan Ahmad Hazwan bin Wan Justify FullSulaiman, saudara Mohd Isyamfuan bin Rajalai, saudara Ahmad Muzani bin Abdul Rahman, sudara Muhammad Naim Abdul Wahab, saudara Mohd Hafifi bin Hosien serta saudara Muhammad Hafizi bin Ramli begitu yakin mengalunkan nasyid serta mendapat pujian daripada beberapa pihak.

Majlis yang diadakan ini telah dihadiri oleh pelbagai negara seperti Indonesia, Thailand, Bangladesh, Romania dan negara-negara yang lain.

Ketika mengulas persembahan daripada kumpulan Al-Wadi Saudara Mohd Solehuddin Mohd Safien menyifatkan Al-Wadi telah membuka mata masyarakat Al-Azhar untuk menzahirkan medium hiburan sebagai alternatif untuk berdakwah.

Persembahan Al-Wadi malam itu juga turut sama disaksikan oleh yang berbahagia Duta Malaysia ke Kaherah TYT Prof Dr. Fakhruddin beserta delegasi jemputan dari Malaysia.

"Syabas dan tahniah" ucapan daripada Tuan Yang Terutama Duta diatas persembahan yang telah berjaya dipertontonkan untuk semua hadirin yang hadir pada malam itu.

Majlis turut di serikan dengan alunan burdah daripada wakil sahah yang diwakil mahasiswa pelbagai negara, tidak ketinggalan persembahan pidato dan sajak daripada pelajar-pelajar Amanah Raya Berhad (ARB).

Jelas tergambar tanda kepuasan di kalangan ahli kumpulan Al-Wadi kerana dapat memberikan yang terbaik pada malam itu sekaligus mengangkat nama dan imej PMRAM dikalangan masyarkat Al-Azhar sebagai Universiti yang terus menaungi pelajar-pelajar Malaysia di Perlembahan Nil ini.

Hubungan yang baik antara WAAG dan PMRAM jelas menunjukkan jalinan yang kukuh di antara dua pertubuhan yang terbesar ini.

Sambutan Ma'al Hijrah yang berlangsung selama 3 jam itu telah tamat pada jam 9.30 malam.

Monday, December 13, 2010

Suara Al-Wadi Bakal Bergema Di ACC Hari Ini

KAHERAH, 13 Dis - Ketua Badan Kebudayaan Kesenian dan Sukan PMRAM Saudara Solehuddin bin Mohd Safien menyatakan bahawa kumpulan Al-Wadi PMRAM akan membuat persembahan di Dewan Al-Azhar Conference Centre (ACC).

Katanya persembahan yang akan dibuat itu bersempena dengan Majlis Sambutan Maal Hijrah yang dianjurkan oleh World Association For Al-Azhar Graduates (WAAG).

Menurutnya, PMRAM melahirkan rasa syukur dan bangga kerana kumpulan Al-Wadi yang diberi nafas baru pada tahun ini, semakin meningkat prestasi yang ditunjukkan. Ini merupakan bukti bahawa PMRAM begitu serius dalam menyampaikan dakwah melalui medium nasyid dan hiburan.

Sehubungan itu, kumpulan Al-Wadi juga telah dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Thailand pada hari Khamis yang lalu untuk membuat persembahan di Nadi Ijtima' Haiyu Sadis bersempena dengan majlis kenaikan pimpinan yang baru bagi persatuan tersebut.

Menurutnya lagi, kumpulan Al-Wadi PMRAM akan mempersembahkan 3 buah nasyid bahasa arab pada majlis malam ini.

Majlis yang dianjurkan oleh WAAG itu akan bermula pada jam 5 petang. Menurut pihak penganjur, majlis pada malam ini akan dihadiri oleh Imam Al-Akbar Sheikh Al-Azhar Dr Ahmad Toyyib dan beliau akan menyampaikan ucapan bersempena Sambutan Maal Hijrah 1432H.

Sunday, December 12, 2010

Usah Lenyapkan Sensitiviti Ke Atas ARMA


Isu ARMA yang masih diperjuangkan sehingga kini merupakan isu mengenai dengan hak. Ia bukan semata-mata isu menagih simpati di kalangan ahli. Perjuangan yang didokongi abang-abang lama mesti dipertahankan dan dibuktikan kesungguhan perjuangan kita dengan mendapatkan kembali tempat iaitu di anjung ARMA sebagai pejabat tempat beroperasi PMRAM.

Sudah berulang kali isu ARMA ini dilaungkan, namun sensitivti ke atasnya masih kurang dan suram, tidak seperti yang diharapkan. Suasana kebangkitan ahli sebagaimana pada tahun PMRAM mahu diusir daripada ARMA masih belum dapat dirasai kini. Bahkan bahangnya turut tidak dirasai.

Isu ini hanya diperjuangkan oleh segelintir sahaja di kalangan mereka yang benar-benar memahami perjuangan PMRAM selama 80 tahun ini. Bahkan semakin ramai yang membisu walaupun fakta berkenaan dengan ARMA cuba diselewengkan di hadapan mata.

Usah mendabik dada mengatakan kita ahli PMRAM yang mendokongi PMRAM sekiranya isu ARMA tidak dijayakan bersama-sama. Ahli PMRAM semuanya mesti menjayakan menghangatkan kembali suasana cakna dan prihatin ke atas isu ARMA dengan sepenuhnya sebelum ARMA dapat digenggam kembali.

Kini suasana PMRAM di ARMA langsung tiada walau sekali. Sudah bertahun-tahun ARMA semakin menyepi dan jauh daripada kesatuan PMRAM yang merupakan persatuan induk dan gerakan mahasiswa Islam di bumi Mesir ini. ARMA sebenarnya masih menanti kembalinya semangat 65 sukarelawan terdahulu dan suara yang lantang dalam memperjuangkan isu ini untuk bangkit bersama-sama.

ARMA pasti lemah dan tidak berharga tanpa kehadiran mahasiswa/wi Islam yang membawa imej PMRAM. Bertahun-tahun ARMA suram ekoran aura PMRAM yang tidak kelihatan.

Tidak pasti mana kurangnya dan apa lemahnya sehinggakan isu kini yang dahulu hangat diperjuangkan kini semakin suram. Ayuh, hangatkan kembali isu ini di bibir-bibir mahasiswa/wi Islam dan di dada-dada laman maya masing-masing. Usah lenyapkan sensitiviti ke atas ARMA.


Disediakan Oleh : Unit Panitia ARMA 2010

Operasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM Berkuatkuasa Hari Ini

KAHERAH, 12 Disember - Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010 (SPR PMRAM 2010) hari ini (semalam) mengumumkan bahawasanya, operasi SPR PMRAM 2010 bagi memilih kepimpinan Badan Pengurus PMRAM (BP PMRAM) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWI PMRAM) sesi 2011 telah berkuatkuasa mulai 11 Disember 2010.

Pengarahnya, Saudara Ab Samad bin Abdul Aziz menyatakan, tarikh berkuatkuasanya operasi SPR PMRAM adalah bermula pada 11 Disember 2010 setelah bermesyuarat untuk kali yang pertama. Beliau berkata lagi, untuk tarikh pembukaan bagi memilih pencalonan BP PMRAM dan HEWI PMRAM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, dan setiap makluman berkaitan SPR akan terus disalurkan di dalam web rasmi PMRAM.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus menghubungi Pengarah SPR PMRAM 2010, Saudara Ab Samad bin Abdul Aziz, di talian +20119893830 atau Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2010, Saudari Hanisah binti Muslim, di talian +20113713628.

Permohonan Jamiyah Syariah Sesi 1432 Hijrah Dibuka

KAHERAH, 11 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini terus menabur bakti menyalurkan kebajikan kepada Mahasiswa Malaysia di Mesir. Hasil kerjasama yang telah dibuat bersama NGO Mesir Jamiyah Syariah sejak beberapa tahun ini diteruskan lagi pada sesi 1432 Hijri ini.

Permohonan bantuan boleh dibuat melalui AJKT Kebajikan PMRAM Cawangan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) masing-masing.

Berikut merupakan syarat dan terma-terma kelayakan menerima bantuan Jamiyah Syariah:
- Satu salinan muka depan Pasport
- Tasdiq Asal Kuliah (Pengesahan Kuliah)
- Satu salinan tasdiq
- Bantuan hanya layak bagi mahasiswa Universiti Al Azhar peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja. Maahad Qiraat, Maahad Bu'uth Islamiah Azhar, Perubatan Azhar, Pergigian Azhar dan Ulum Islamiyah Azhar tidak terlibat dalam penerima.
- Bantuan ini untuk Mahasiswa Al Azhar Kaherah sahaja.

Sila ambil borang permohonan melalui AJKT Kebajikan PMRAM Cawangan BKAN masing-masing. Borang permohonan yang lengkap terus dihantar kepada AJKT kebajikan Cawangan sebelum 23 Disember 2010.

Permohonan-permohonan ini belum pasti akan lulus kerana ianya bergantung kepada proses pengurusan dari pihak jamiyah Syariah untuk kelulusan.

Lagu Rasmi PMRAM