Assalamua'alaikum w.b.t
Selaut kesyukuran di rafa’kan ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mentadbir alam ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. penyuluh jalan kebenaran. Jua buat ahli bait dan sahabat-sahabat r.a serta jil-jil penyambung mata rantai dakwah yang berpanjangan.
Pada tanggal 4 Mei 2011, sekali lagi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir telah melakar sejarah dengan penukaran tampuk kepimpinan yang baru. PMRAM yang merupakan persatuan kebajikan mahasiswa/wi induk yang menaungi 12 Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan 8 Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPM) telah menyaksikan kepada seluruh persatuan dalam dan luar negara akan kewibawaan dan keizzahannya sebagai persatuan yang tertua dibumi anbiya'.
Kepimpinan HEWI PMRAM 2011 pada kali ini mempunyai agenda tersendiri dalam menggerakkan pentadbiran dengan mengekalkan tema, “Kesatuan Ukhuwwah Manifestasi Tarbiyah”. Kesinambungan pembawakan tema ini berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat dengan pemilihan subtopik mengikut tahap peratus keberjayaan yang kurang memuaskan dan perlu dipertingkatkan untuk sesi 2011. Oleh itu, subtopik utama yang difokuskan ialah kekuatan iman dan amal, kekuatan ilmu dan thaqafah dan kekuatan ekonomi. Manakala tahap keberjayaan tema HEWI yang dilaksanakan sebelum ini ialah sebanyak; 38 peratus untuk tarbiah dan 62 peratus bagi ukhuwah.
Sahabiah yang dirahmati Allah sekalin,
Tarbiyah merupakan elemen yang terpenting dalam membentuk jiwa-jiwa bagi mengetahui matlamat dan sebab kewujudannya sebagai penghuni dan khalifah di muka bumi Allah s.w.t ini. Sirah baginda Rasulullah S.A.W cukup menjadi bukti kepada kita akan kepentingan tarbiyah dalam pembentukan individu muslim yang benar-benar bertaqwa. Tarbiyah seperti bahan bakar bagi individu yang akan melaksanakan dakwah. Tanpa bahan bakar yang sesuai, cukup dan tahan lama, ia akan menyebabkan perjalanan dakwah seseorang individu tidak lama dan akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.
Kemunduran dan kealpaan dalam konsep tarbiyah umat Islam pada hari ini adalah penyebab utama kepada berlakunya pelbagai gejala tidak sihat yang menimpa individu muslim di semua peringkat. PMRAM telah berusaha melaksanakan peranannya sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menangani masalah HISBAH di bumi Mesir ini dengan menggunakan konsep “Amar Makruf Nahi Mungkar”. Di samping itu, penerapan biah solehah di peringkat PMRAM Pusat dan Cawangan telah dihidupkan dan ditingkatkan bagi mempamerkan keizzahan mahasiswa/wi di perlembahan Nil ini.
Seperti yang kita ketahui, universiti al-Azhar merupakan universiti terulung yang telah melahirkan generasi ulama rabbani. Khazanah ilmu yang terdapat padanya menjadi simbolik kemegahan umat Islam. Kebanjiran mahasiswa/wi di perlembahan Nil merupakan peluang yang terbaik membentuk generasi cemerlang dari sudut akademik mahupun syaksiah yang unggul.
Kecemerlangan dalam bidang akademik amat dititikberatkan oleh AJKT HEWI PMRAM. Sistem pembelajaran dan suasana yang berbeza di Mesir memerlukan usaha dan ketekunan yang tinggi daripada semua mahasiswa/wi. Oleh itu, PMRAM memandang serius hal ini lantas mengambil inisiatif mewujudkan study group, menyusun kelas-kelas tutorial dan mengadakan program berbentuk motivasi ke arah kecemerlangan akademik.
Oleh hal yang demikian, saya selaku ketua bagi seluruh mahasiswi ahli PMRAM mengharapkan segala tarbiyah yang diberikan PMRAM bukan hanya disemadikan dalam diri sahaja bahkan disebarkan kepada manusia di sekelilingnya. Bukan mudah bergelar sebagai mahasiswa/wi Mesir. Perlu diingat bahawa mentaliti masyarakat kita di Malaysia kini memandang serius terhadap penampilan dan ketinggian nilai ilmu yang ada pada diri mahasiswa/wi.
Salam imtihan,
Nurain binti Yaacob
Timbalan Pengerusi HEWI
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011
Pada tanggal 4 Mei 2011, sekali lagi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir telah melakar sejarah dengan penukaran tampuk kepimpinan yang baru. PMRAM yang merupakan persatuan kebajikan mahasiswa/wi induk yang menaungi 12 Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan 8 Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPM) telah menyaksikan kepada seluruh persatuan dalam dan luar negara akan kewibawaan dan keizzahannya sebagai persatuan yang tertua dibumi anbiya'.
Kepimpinan HEWI PMRAM 2011 pada kali ini mempunyai agenda tersendiri dalam menggerakkan pentadbiran dengan mengekalkan tema, “Kesatuan Ukhuwwah Manifestasi Tarbiyah”. Kesinambungan pembawakan tema ini berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat dengan pemilihan subtopik mengikut tahap peratus keberjayaan yang kurang memuaskan dan perlu dipertingkatkan untuk sesi 2011. Oleh itu, subtopik utama yang difokuskan ialah kekuatan iman dan amal, kekuatan ilmu dan thaqafah dan kekuatan ekonomi. Manakala tahap keberjayaan tema HEWI yang dilaksanakan sebelum ini ialah sebanyak; 38 peratus untuk tarbiah dan 62 peratus bagi ukhuwah.
Sahabiah yang dirahmati Allah sekalin,
Tarbiyah merupakan elemen yang terpenting dalam membentuk jiwa-jiwa bagi mengetahui matlamat dan sebab kewujudannya sebagai penghuni dan khalifah di muka bumi Allah s.w.t ini. Sirah baginda Rasulullah S.A.W cukup menjadi bukti kepada kita akan kepentingan tarbiyah dalam pembentukan individu muslim yang benar-benar bertaqwa. Tarbiyah seperti bahan bakar bagi individu yang akan melaksanakan dakwah. Tanpa bahan bakar yang sesuai, cukup dan tahan lama, ia akan menyebabkan perjalanan dakwah seseorang individu tidak lama dan akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.
Kemunduran dan kealpaan dalam konsep tarbiyah umat Islam pada hari ini adalah penyebab utama kepada berlakunya pelbagai gejala tidak sihat yang menimpa individu muslim di semua peringkat. PMRAM telah berusaha melaksanakan peranannya sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menangani masalah HISBAH di bumi Mesir ini dengan menggunakan konsep “Amar Makruf Nahi Mungkar”. Di samping itu, penerapan biah solehah di peringkat PMRAM Pusat dan Cawangan telah dihidupkan dan ditingkatkan bagi mempamerkan keizzahan mahasiswa/wi di perlembahan Nil ini.
AJKT HEWI PMRAM juga turut memfokuskan konsep ukhuwwah di kalangan mahasiswi agar diperkemaskan dan dimantapkan. Ukhuwwah yang baik akan memberikan impak yang positif terhadap pembangunan sesebuah masyarakat. Ukhuwwah tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Lihat sahaja kepada kesan persaudaraan antara kaum 'Aus dan Khazraj serta Muhajirin dan Ansor dalam menobatkan perjuangan Islam. Ini membuktikan bahawa kesatuan ukhuwwah memberikan kesan positif kepada pelaksanaan tarbiyah yang lebih berkesan.
Mahasiswi yang dikasihi,
Mahasiswi yang dikasihi,
Seperti yang kita ketahui, universiti al-Azhar merupakan universiti terulung yang telah melahirkan generasi ulama rabbani. Khazanah ilmu yang terdapat padanya menjadi simbolik kemegahan umat Islam. Kebanjiran mahasiswa/wi di perlembahan Nil merupakan peluang yang terbaik membentuk generasi cemerlang dari sudut akademik mahupun syaksiah yang unggul.
Kecemerlangan dalam bidang akademik amat dititikberatkan oleh AJKT HEWI PMRAM. Sistem pembelajaran dan suasana yang berbeza di Mesir memerlukan usaha dan ketekunan yang tinggi daripada semua mahasiswa/wi. Oleh itu, PMRAM memandang serius hal ini lantas mengambil inisiatif mewujudkan study group, menyusun kelas-kelas tutorial dan mengadakan program berbentuk motivasi ke arah kecemerlangan akademik.
Di kesempatan ini, saya mewakili barisan kepimpinan AJKT HEWI PMRAM 2011 mengucapkan selamat melaksanakan amanah sebagai seorang mahasiswa/wi dan semoga berjaya di dalam peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Panjatkan doa kepada Tuhan semesta alam. Jauhilah perkara-perkara yang mungkar dan tegakkanlah perkara-perkara yang makruf. Sesungguhnya tugas ini tidak terpundak kepada Lajnah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM Pusat serta PMRAM cawangan semata-mata, tetapi sedarlah ia merupakan tanggungjawab bersama bagi insan yang melafazkan dua kalimah syahadah. Setiap hembusan pernafasan, tutur bicara dan tingkah laku akan dihitung oleh Pemilik sekalian makhluk. Usaha, Doa dan Tawakkal.
Siiru 'ala barakatillah…….