Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Friday, December 30, 2011

Mencapai Kejayaan Mencipta Kegemilangan


KAHERAH, 30 Dis - Bahang kehangatan peperiksaan semakin dirasai oleh mahasiswa Islam di perlembahan Nil ini namun begitu usaha dan tawakal perlu diteruskan dalam menjamin kejayaan yang cemerlang kelak
Biarpun Mesir masih dalam pergolakan politik bukanlah alasan untuk tidak berusaha dan hanya berserah kerana selagimana ada ruang waktu sebelum memasuki dewan peperiksaan .

Sejajar dengan tema HEWI PMRAM pada sesi ini “ Akademik Cemerlang Mahasiswa Gemilang” pelbagai alternatif dalam merealisasikan misi tersebut.

“ Aktiviti yang berkaitan dengan peningkatan akademik mahasiswa telah direncanakan ke seluruh peringkat samada PMRAM Pusat sehinggalah PMRAM Cawangan demi memastikan kualiti akademik mahasiswa Islam dipertingkatkan untuk menjana kejayaan gemilang ” ujar Saudari Nurain Yaacob,Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( HEWI PMRAM 2011).

Antara inisiatif PMRAM yang dijalankan bawah kendalian Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 adalah kelas tambahan untuk mahasiswa dan program penerangan setiap subjek sebagai pendedahan awal kepada mahasiswa.

Turut sama dalam pementasan wadah perjuangan mahasiswi di Malaysia Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) Saudari Rohayu binti Rusli mengharapkan kepada mahasiswi Mesir katanya “ Setiap peluang dan ruang waktu yang diberikan kepada kita perlu dimanfaatkan sewajarnya agar dapat membina generasi muslimah yang berilmu dan dipermudahkan segalanya dalam menghadapai peperiksaan yang bakal menjelang tiba”.

Wakil kepimpinan Hal Ehwal Wanita, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (HEWI MPPMJ) Saudari Syahira Salwa binti Md Harun juga turut mengingatkan “ Mahasiswi perlu mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dan ianya merupakan satu ibadah dalam mencari keredhaan Allah SWT " ujarnya ketika dihubungi .

Thursday, December 29, 2011

IMTIHAN TAJRIBI: Bukti PMRAM Cakna Agenda Pendidikan Mahasiswa Islam


KAHERAH, 29 Dis – Bagi meneruskan lagi kesinambungan Misi Mumtaz Imtihan bagi mahasiswa Islam di Perlembahan Nil ini, PMRAM di bawah Badan dan Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 telah menganjurkan satu Imtihan Tajribi (Peperiksaan Percubaan) khusus bagi mahasiswi Tahun Satu Pengajian Islam Universiti al-Azhar semalam.

Peperiksaan yang bermula pada jam 1—3petang itu telah diadakan di Rumah Pahang bagi Syu’bah Syariah Islamiah dan Rumah Selangor bagi Syu’bah Usuluddin dan Bahasa Arab.

Inisiatif ini adalah merupakan salah satu agenda pendidikan yang mana bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswi baru berkenaan bentuk dan tahap soalan peperiksaan di Universiti Al-Azhar.

Selain itu juga turut diselitkan dengan pembentangan jawapan dan cara menjawab soalan yang betul daripada panelis jemputan bagi setiap syu’bah selepas selesai sesi menjawab soalan.

Secara tidak langsung dapat memberikan gambaran awal kepada mereka dari sudut soalan dan cara menjawab yang betul.

Hanya satu subjek sahaja yang dipilih dari setiap syu’bah dalam Imtihan Tajribi ini. Bagi Syu’bah Syariah, subjek yang menjadi pilihan ialah Tarikh Tasyri’ dan bagi Syu’bah Usuluddin pula ialah subjekh Mantiq manakala Syu’bah Bahasa Arab ialah Adab Jahili.

“ PMRAM sentiasa optimis dalam memastikan kejayaan mahasiswa di bumi Anbiya’ ini. Justeru PMRAM berharap agar imtihan yang dilaksanakan ini mampu membantu para mahasiswi dalam meningkatkan lagi mutu persediaan di samping menambah keyakinan mereka untuk menghadapi imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi”, ujar Saudari Shazazierra binti Sharif Ketua Unit Pendidikan dan Komunikasi HEWI PMRAM 2011.

Wednesday, December 28, 2011

Pelihara Keharmonian Sebagai Negara Islam

KAHERAH, 28 Dis - Arus perdana hari ini terus mengecapi peningkatan kemajuan seiring dengan teknologi masa kini. Dunia perfileman juga tidak kurang hebatnya dengan penghasilan filem daripada pelbagai latar cerita demi menghidupkan suasana persaingan yang sihat.

Namun begitu, keghairahan pembikin filem tempatan dalam menghasilkan cerita perlu diingat bahawa setiap hasil yang dipertonton itu akan memcerminkan nilai murni budaya masyarakat apatah lagi Malaysia juga salah sebuah negara Islam.

Maka konsep penapisan filem yang dipraktikkan di Malaysia perlulah dipantau dengan sebaiknya agar nilai murni dan budaya masyarakat Islam tidak dinodai oleh pelbagai unsur-unsur negatif akhirnya mencemarkan nama baik agama dan bangsa.

Ekoran terdapat suara-suara yang menggesa untuk dikaji semula melaluai kenyataan yang dikeluarkan tempoh hari. Lembaga Penapis Filem (LPF) menjelaskan mengenai “konsep penapisan baru” yang akan dilaksanakan, bahawa pihaknya masih tetap bertanggungjawab terhadap penapisan semua filem sebelum ditayangkan di Malaysia selepas urusan tapisan itu dilaksanakan sendiri oleh pihak industri filem mulai tahun 2012.

Melihat kepada objektif penubuhan LPF, badan ini jelas ditubuhkan untuk menapis kandungan rakaman filem dan video bagi tayangan di Malaysia.

Badan ini ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan "menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif".

HEWI PMRAM juga turut melahirkan rasa kebimbangan sekiranya tiada lagi urusan penapisan di lakukan di Malaysia sekaligus memungkinkan berlaku penyerapan unsur yang tidak sepatutnya dipertontonkan dikhalayak ramai.

Antara kesan yang besar kepada masyarakat adalah peningkatan gejala sosial dikalangan remaja yang berpunca daripada sajian hiburan yang diberikan tanpa diteliti terlebih dahulu setiap penyampaian hiburan tersebut.

Malaysia bukanlah seperti negara-negara barat yang bebas memaparkan video atau filem yang tidak bermoral bahkan penduduknya secara majoriti adalah beragama Islam.

Sewajarnya filem-filem yang ditayangkan mestilah bersesuaian dengan berkonsepkan sebuah negara Islam yang mana lebih menitik beratkan mengenai pendekatan yang baik dan berkesan kepada masyarakat.

“ Kita juga mengharapkan agar Lembaga Penapis Filem (LPF) lebih mengambil serius bagi membaiki kemasukan filem-filem yang berunsur lucah dan negatif kerana ianya mampu merencatkan identiti budaya timur dan menghakis nilai-nilai Islam ” ujar Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM Nurain Yaacob ketika diminta mengulas isu tersebut.

Barisan kepimpinan HEWI PMRAM juga mengharapkan agar kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) itu semalam sejajar dengan tindakan mereka dan misi tersebut dapat direalisasikan seiring dengan tuntutan Islam.

PMRAM - Markaz Nil : Tempahan Bagi Majalah Hira Dibuka

KAHERAH, 28 Dis - PMRAM terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan pihak Markaz Nil. Satu pertemuan dilakukan dengan antara pihak PMRAM dengan Markaz Nil bagi membincangkan kerjasama dalam halatuju perkembangan kecemerlangan penguasaan bahasa arab di kalangan mahasiswa/wi Malaysia khususnya.

PMRAM diwakili oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman dan Ketua Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa, Saudara Ahmad Daniel dengan Mudir bahagian Majalah Hira', Encik Mahmood Al-Hijazi. Pertemuan tersebut dilakukan di bilik mesyuarat Markaz Nil, Hayyu Sabie'.

Hasil perbincangan tersebut, tempahan untuk Majalah Hira' kini dibuka dengan harga LE 50 setahun sebanyak 6 jilid. Tempahan tersebut boleh dibuat melalui exco Pendidikan cawangan masing-masing atau terus melalui Ketua Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa, Saudara Ahmad Daniel di talian 201116896290 atau Ketua Unit Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa, Saudari Shazazierra Sharif di talian 201112871396.

Di akhir pertemuan tersebut, pihak Markaz Nil mengucapkan terima kasih kepada pihak PMRAM kerana banyak membantu dalam meningkatkan penguasaan bahasa Arab di kalangan mahasiswa/wi Malaysia.

Tuesday, December 27, 2011

Imtihan Tajribi PMRAM 2011


Bagi meneruskan Misi Mumtaz Imtihan, PMRAM di bawah Badan & Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa akan mengadakan Imtihan Tajribi khusus buat mahasiswa Pengajian Islam Tahun 1 pada 28 Disember 2011 bertempat di Rumah Pahang bagi mahasiswi Syukbah Syariah dan Rumah Selangor bagi mahasiswi Syukbah Usuluddin & Bahasa Arab.

Jangan lepaskan peluang untuk menjayakannya sebagai langkah permulaan bagi persediaan menghadapi imtihan yang bakal menjelang tiba.

"Akademik Cemerlang Mahasiwa Gemilang"

"Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah"



Sunday, December 25, 2011

Yuran Markaz Bahasa :PMRAM Terus Berusaha

KAHERAH, 25 Dis - Usaha Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) bagi membantu meringankan beban mahasiswa baru markaz bahasa Universiti Al-Azhar diteruskan lagi dengan menghantar surat permohonan kepada pejabat WAAG semalam.

Surat yang terkandung permohonan tersebut adalah menuntut keringanan bagi pelajar markaz bahasa untuk menjelaskan bayaran yuran itu disampaikan oleh Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM, Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan kepada Pengurus WAAG Ustaz Ismai Haitham.

Pihak PMRAM berpendapat bahawa bayaran yang dikenakan kepada pelajar Markaz Bahasa sebanyak LE 480 sebulan amat tinggi dan perlu untuk dikurangkan.

PMRAM juga sedaya upaya akan membantu pelajar markaz bahasa dalam isu ini kerana ia membabitkan isu visa pelajar kerana jika pelajar yang tidak dapat menjelaskan bayaran maka pengurusan untuk mendapatkan visa pelajar juga akan terjejas.

" PMRAM mengharapkan agar semua pelajar dapat terus mendoakan supaya segala usaha yang telah dilaksanakan bakal menatijahkan sesuatu yang baik di pengakhirannya" ujar Saudara Ahmad Daniel bin Mohmad Hassan.

CALON BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM SESI 2012

Sepanjang tempoh pencalonan nama bagi Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM sesi 2012, pihak SPR PMRAM 2011 telah menerima pencalonan nama seperti berikut:


Sebarang bantahan terhadap calon boleh dilakukan di bilik operasi SPR PMRAM di Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Pulau Pinang (ikhwah) dan Syaqah 4, Rumah Kelantan Baru (akhawat). Bermula dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, 26 Disember 2011, Isnin.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi:

Ø Saudara Mohammad Adlly bin Mohammad Bokhari
(Pengarah SPR PMRAM 2011) +20112 2240332

Ø Saudari Sukeriah Binti Haron
(Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2011) +20112 1207557


Dikeluarkan oleh:
Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2011

Yuran Markaz Bahasa : PMRAM Bawa Perbincangan Ke Parlimen Wafidin

KAHERAH, 24 Dis - Satu pertemuan telah diadakan antara PMRAM dan Ketua Parlimen Wafidin dalam membincangkan khusus berkenaan yuran Markaz Bahasa. PMRAM diwakili oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman dan Naib Presiden III, Saudara Syeikh Mujahid Sikh Nawawi.

Pertemuan tersebut diadakan pada jam 1 petang di Madinah Buuth. Ini merupakan tindakan susulan yang dilakukan oleh PMRAM dalam membuat rayuan mengenai yuran Markaz Bahasa setelah mendapat aduan daripada mahasiswa/wi baru yang didaftarkan ke Markaz Bahasa.

Ketua Parlimen Wafidin, Saudara Abu Bakar yang berasal dari negara Mali, berkata pihak beliau akan membawa rayuan tersebut ke pihak yang berwajib atas suara mahasiswa/wi wafidin. Beliau juga menerangkan bahawa pihak beliau turut mendapat aduan yang sama daripada mahasiswa Bosnia.

Justeru, untuk masa yang terdekat ini rayuan yang dibawa oleh pihak PMRAM akan disampaikan ke pihak berwajib, dan sekiranya masih tidak selesai, satu perbincangan akan diadakan oleh Parlimen Wafidin selepas peperiksaan fasa satu ini bagi membincangkan khusus isu ini.

PMRAM mengucapkan terima kasih kepada Ketua Parlimen Wafidin atas bantuan yang dihulurkan.

Mengenai yuran Markaz Bahasa ini, PMRAM telah pun membuat pertemuan dengan TYT Dato Duta Dr. Fakhruddin Abd Mokti dalam mendapatkan penjelasan serta memohon kerjasama daripada pihak KBMK untuk perhatian bersama pada 12 Disember baru-baru ini.

Selain itu juga, pertemuan telah dibuat dengan Pengarah EME, Prof Suaidi di Mohandesen dalam membincangkan perkara yang sama. Hasilnya, pihak EME beresetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan sebagai pemberitahuan kepada mahasiswa/wi serta akan memberikan surat sokongan kepada mana-mana BKAN yang mahu memohon bantuan kepada kerajaan negeri atau majlis agama untuk disalurkan kepada mahasiswa/wi Markaz Bahasa khsusus untuk pembayaran yuran.

PMRAM juga telah berjumpa dengan pihak WAAG untuk menyampaikan rayuan kepada pihak mereka agar dapat perhatian bersama bagi mengurangkan beban ke atas mahasiswa/wi Markaz Bahasa. Dan satu surat rayuan telah pun dihantar ke pihak WAAG pada 22 Disember, Hari Khamis baru-baru ini.

"Berikutan aduan mahasiswa/wi mengenai yuran Markaz Bahasa, PMRAM akan terus berusaha untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan pihak-pihak yang berwajib selagi ia boleh dibawa bincang. Setakat ini kita telah mengadakan banyak pertemuan khusus perkara ini, dan hari ini PMRAM telah membawa suara ini kepada peringkat Parlimen Wafidin melalui perjumpaan dengan Ketuanya, Saudara Abu Bakar," ujar Presiden PMRAM ketika dihubungi.

"PMRAM harap mahasiswa/wi terus fokus kepada pembelajaran. Segala aduan diharapkan agar terus disalurkan kepada PMRAM melalui Badan Pengurus, HEWI atau exco cawangan masing-masing," tambah beliau lagi.

Saturday, December 24, 2011

Pencalonan Badan Pengurus Dan AJKT HEWI PMRAM Dibuka Semula Hari Ini





UNTUK SELURUH AHLI PMRAM

MASIH DIBUKA PENCALONAN KEPIMPINAN
BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM SESI 2012


Pencalonan akan dibuka pada :
24 Disember 2011

Borang pencalonan boleh didapati di Bilik Operasi SPR PMRAM di

Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Pulau Pinang (ikhwah) dan
Syaqah 4, Rumah Kelantan Baru (akhawat).

Bermula dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang dan hendaklah diserahkan

kembali sebelum tarikh tutup pencalonan.

·Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi:

Saudara Mohammad Adlly bin Mohammad Bokhari
(Pengarah SPR PMRAM 2011) +20112 2240332

Saudari Sukeriah Binti Haron
(Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2011) +20112 1207557


Dikeluarkan oleh:
Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2011

Friday, December 23, 2011

Suntikan Mujahidah

KAHERAH, 23 Dis - Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) di bawah Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa merealisasikan kesinambungan tema HEWI PMRAM di bawah subtopik “Akademik Cemerlang Mahasiswa Gemilang” dengan mengadakan motivasi sempena imtihan peringkat HEWI yang bertempat di Markaz HEWI, Haiyyu Sabie’.

Aktiviti yang dijalankan semalam melibatkan seluruh Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI yang berada di Kaherah.

Motivasi yang dikendalikan oleh Saudari Shazazierra binti Sharif selaku Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa itu bertujuan memberi suntikan semangat untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Pengisian motivasi tersebut telah menjemput Saudari Fatimah Salwani Abdullah sebagai pengisi. Beliau merupakan mantan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2007, mahasiswi tahun tiga Bahasa Arab 2011/2012 dan juga graduan Syariah Islamiyyah 2008.

Dalam kalam motivasi yang disampaikan, beliau menekankan tentang kepentingan masa yang sistematik dan tersusun bagi seorang mujahidah Islam masa kini dalam menerajui sesebuah kepimpinan lebih-lebih lagi sebagai bekalan dalam mengemudi kehidupan di dunia ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sepanjang keberadaan beliau dalam kepimpinan HEWI PMRAM sebagai mahasiswa dan pemimpin.

"Kejayaan seseorang itu,hanya 20% sahaja dari kebijaksanaannya.Manakala 80% lagi adalah hasil daripada usahanya sendiri.Oleh itu,segalanya terpulang kepada individu itu sendiri. Apa yang paling penting adalah niat dan kesungguhan seseorang itu dalam mencapai hadaf kejayaan yang dicita-citakan", tegas Saudari Fatimah Salwani Abdullah.

Setelah selesai slot motivasi tersebut diteruskan dengan qiamulaill dan solat Subuh pada keesokan harinya.

Thursday, December 22, 2011

Tips Persediaan Sebelum Peperiksaan


Peperiksaan boleh diibaratkan seperti sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon.

Ianya menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, walaupun dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Sebelum Peperiksaan :

• Betulkan niat (islah wa tajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

• Kenali (ta’yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik.

• Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.

• Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala’ah dan muraja’ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exam bermula.

• Setkan (tathbit) target untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan target setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong.

• Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya.

• Bina komuniti (ijma’ wa tabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.

• Ajar (ta’lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.

• Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior dan kepada kawan-kawan yang lain.

• Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam’ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.

• Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma’thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.

• Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia terganggu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.

• Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.

• Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.

• Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


Disediakan oleh :
Unit Pengkuliahan & Tutorial
Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

Wednesday, December 21, 2011

Ekonomi Tunjang Kekuatan

Ekonomi merupakan salah satu elemen penting yang perlu digerakkan dalam menjamin kekuatan kesatuan .

Islam sentiasa menggalakkan umatnya mencari harta dan kekayaan kerana harta merupakan alat bantuan bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.

Firman Allah di dalam Surah An-Nisa ; 29 yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan ( gunakan ) harta – harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah , kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu".

Didalam membina kekuatan ekonomi yang kukuh maka pelbagai perancangan dan strategi pemasaran perlu sentiasa menepati kehendak semasa. Contohnya dalam penghasilan sesuatu produk haruslah dikaji tahap keperluan agar ianya bakal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Satu perkara yang perlu difahami, ekonomi bukan hanya sekadar dinilai daripada sudut kewangan semata-mata bahkan ianya merangkumi segala aspek apabila perlaksanaannya didasari dengan syariat Islam.

Hukum muamalat perlu dikuasai dengan sebaiknya agar segala perancangan dan strategi yang disusun tidak bercanggah bahkan mengikut acuan Islam yang sebenar.

Pengukuhan ekonomi adalah skop penting dalam menjamin keharmonian sebuah masyarakat apatah lagi ianya dapat memberikan hak yang sewajarnya diantara dua pihak .

Sudut kacamata Islam muamalat yang dijalankan dengan amanah dan jujur sudah pasti tidak akan wujud penindasan atau penipuan berbeza dengan beberapa perlaksanaan ekonomi selain Islam yang hanya mementingkan keuntungan biarpun terpaksa menindas orang lain.

Penerapan nilai murni dalam ekonomi Islam sekaligus dapat memberi gambaran pada masyarakat agar meyakini cara hidup Islam merupakan ikutan yang terbaik dan perlu disantuni oleh umat Islam.

PMRAM telah melaksanakan dan mempraktikkan Sistem Mudharabah ataupun Projek Koridor PMRAM, yang mana SISTEM ini adalah untuk mengukuhkan seluruh kekuatan ekonomi PMRAM cawangan BKAN dan DPM.

Konsep perkongsian perniagaan ini juga dapat membantu mana-mana PMRAM cawangan yang mengalami masalah ekonomi supaya dapat menjamin kekuatan ekonomi setiap PMRAM cawangan.

Gerakkan ekonomi Islam bukan kerana kepentingan peribadi tetapi demi mengangkat martabat Islam agar terus dijulang tinggi.


Disediakan oleh :
Mohd Hafizzul Azri bin Azman
Ketua Badan Ekonomi
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
2011

Yuran Markaz Bahasa : PMRAM Terus Berbincang Bersama WAAG


KAHERAH, 19 Dis - Isu pembayaran yuran matrikulasi yang meningkat secara mendadak mendapat perhatian yang serius dari pihak PMRAM.

Perkara ini berikutan daripada aduan pelajar yang mengutarakan tahap kemampuan begitu rendah bagi menjelaskan pembayaran yuran tersebut.

Pihak PMRAM dengan diwakili Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili b Saiman telah mengadakan pertemuan dengan Pengurus WAAG ( World Association of Al-Azhar Graduates ) Ustaz Ismail Haitham bagi membincangkan perkara ini pagi tadi.

Permasalahan berkenaan yuran tersebut akan menjejaskan permohonan visa pelajar untuk tinggal disini sekaligus pelajar terus dibelenggu kebimbangan mengenai status keberadaan mereka di Mesir.

Maka perkara ini adalah di antara isu diutarakan dalam pertemuan tersebut yang diadakan di pejabat WAAG.

Pihak PMRAM akan membawa suara mahasiswa berkenaan permasalahan yuran ini ke Parlimen Pelajar Asing yang akan diadakan dalam tarikh terdekat.

" PMRAM telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak-pihak tertentu agar masalah ini dapat diselesaika dengan sebaik mungkin dan PMRAM mengharapkan pelajar untuk terus memberi tumpuan pada pembelajaran agar tidak terganggu dengan isu ini " ujar Presiden PMRAM 2011 ketika dihubungi sebentar tadi.

Monday, December 19, 2011

Pencalonan Kepimpinan PMRAM Dibuka Hari Ini


UNTUK SELURUH AHLI PMRAM


PENCALONAN KEPIMPINAN
BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM SESI 2012

Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2011 telah bersetuju membuka pencalonan baru bagi jawatan
Badan Pengurus PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM untuk tahun 2012. Kuota pencalonan dibuka untuk memilih seramai seorang Presiden, 9 orang Badan Pengurus dan 10 orang AJKT HEWI PMRAM.

Pencalonan akan dibuka bermula pada :
19 Disember 2011 hingga 22 Disember 2011

Borang pencalonan boleh didapati di Bilik Operasi SPR PMRAM di Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Pulau Pinang (ikhwah) dan Syaqah 4, Rumah Kelantan Baru (akhawat). Bermula dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang dan hendaklah diserahkan kembali sebelum tarikh tutup pencalonan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi:

Saudara Mohammad Adlly bin Mohammad Bokhari (Pengarah SPR PMRAM 2011) +20112 2240332
Saudari Sukeriah Binti Haron (Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2011) +20112 1207557

Dikeluarkan oleh:
Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2011

sumber : Blog Rasmi SPR PMRAM

Sunday, December 18, 2011

Yuran Markaz Bahasa : Perbincangan PMRAM Bersama EME


KAHERAH, 18 Dis - Ekoran daripada rungutan berterusan pelajar-pelajar Markaz Bahasa terhadap bebanan yuran yang terpakasa dibayar oleh pelajar iaitu sebanyak LE 480 untuk satu peringkat kelayakan maka pihak PMRAM sekali lagi mengambil pendekatan untuk mengutarakan perkara tersebut kepada pihak Education Malaysia of Egypt (EME).


Pertemuan ringkas bersama Prof Madya Dr Haji Suaidi bin Datuk Hj Shafei pada jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah diketuai oleh Saudara Abdul Aziz Ali, Timbalan Presiden PMRAM.

Turut serta dalam pertemuan ini Saudara Ahmad Daniel Mohmad Hassan, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 serta Saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi, Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011.

“ Pihak PMRAM sebagai mewakili suara mahasiswa Malaysia membawa permasalahan yang membelenggu pelajar Malaysia berkenaan dengan yuran markaz bahasa secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelajar" ujar Saudara Abdul Aziz Ali merangkap Timbalan Presiden PMRAM 2011 dalam pertemuan tersebut.

" PMRAM juga mengharapkan pihak EME agar dapat mengatur tindakan segera diambil supaya pelajar yang terlibat dapat mengetahui situasi yang sebenar berlaku " tambah Timbalan Presiden PMRAM 2011 lagi.

Dalam maklumat yang diberikan oleh setiap Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) hampir 90% daripada jumlah keseluruhan pelajar Markaz Bahasa seramai 376 tidak mampu membayar yuran tersebut yang disifatkan amat membebankan .

Perjumpaan hari ini adalah perjumpaan kedua berkenaan dengan isu pembayaran yuran dan khusus untuk memastikan masalah yang dihadapi oleh pelajar sampai kepada pengetahuan EME yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan yang berkaitan dengan pelajar terutama masalah yang melibatkan pengurusan kuliah dan universiti.

Perkara yang sama telah disuarakan dalam pertemuan PMRAM Duta Besar Malaysia ke Kaherah TYT Dato’ Dr. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti baru-baru ini .

Thursday, December 15, 2011

Kebersamaan HEWI Cawangan Dengan HEWI PMRAM


KAHERAH, 15 Dis - Dalam meneruskan legasi sebuah kesatuan yang semakin lama bertapak dibumi Mesir maka sudah pasti sokongan dan dokongan daripada ahli yang menaunginya adalah aset paling penting, maka PMRAM juga tidak terkecuali daripada hakikat ini.

Bukti kebersamaan ini telah diaplikasikan oleh kepimpinan HEWI Cawangan Perlis dengan mengadakan kunjungan hormat ke Markaz HEWI PMRAM di Hayyu Sabe' baru-baru ini.

Ini merupakan salah satu platfom dalam mengeratkan hubungan kerjasama yang kukuh diantara kepimpinan PMRAM Cawangan dan PMRAM Pusat sekaligus dapat mengenali dengan lebih rapat lagi .

Pelbagai perbincangan dan perkongsian dua hala yang disuarakan sepanjang kunjungan tersebut secara tidak langsung dapat mencambahkan idea untuk meneruskan survivor PMRAM akan datang .

" HEWI PMRAM sentiasa mengalukan sebarangan cadangan daripada ahli untuk kebaikan PMRAM masa akan datang dan membuktikan tahap keprihatinan ahli yang menaungi PMRAM " ujar Naib Pengerusi I HEWI PMRAM merangkap Ketua Unit Perancang dan Panitia HEWI PMRAM 2011 Saudari Siti Fathiyah binti Mohd Razi ketika ditemui.

Optimis Mengejar Cita Dengan Study Group


STRUGGLE YOUR STUDY GROUP AND TUTORIAL CLASS
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله الذي أنزل على عبده القران بلسان عربي مبين والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمرسلين و على
آله وأصحابه أجمعين ومن اعثصموا بحبلهم المتين أم بعد

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t sekalian,

الوقت كالسيف, فإن لم تقطع قطعك

“Waktu itu seperti pedang, maka sekiranya ia tidak dipotong, nescaya ia (waktu) akan memotongmu”.

Inilah ungkapan yang selalu kita dengar dan pelajari apabila dikaitkan mengenai masa.

Apa yang pastinya, bahang peperiksaan juga kian dirasai lebih kurang sebulan sahaja lagi kita akan menghadapi peperiksaan.

Berbagai-bagai program telah diadakan oleh PMRAM Pusat dan juga PMRAM Cawangan di peringkat BKAN serta DPM masing-masing dalam memastikan bahawa mahasiswa di perlembahan Nil ini terus menempa kejayaan yang cemerlang.

Antara program yang telah dijalankan oleh PMRAM di bawah Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 ialah kelas tutorial bagi mahasiswa tahun 1 dan 2 sebagai kemudahan awal dalam memahami pelajaran dengan lebih mendalam.

Justeru, bagi setiap mahasiswa seharusnya menggunakan peluang ini dengan sebaiknya dan terus memberi komitmen yang jitu dalam menggapai kejayaan seterusnya menjayakan agenda pendidikan yang merupakan salah satu usul muktamar PMRAM yang lalu.

Dalam mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang, setiap mahasiswa tentunya mahukan teknik-teknik atau kaedah yang berkesan dalam pembelajaran.

Dewasa kini, terdapat pelbagai kemudahan untuk kita mengecapi kejayaan di mana kita boleh mendapatkan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan atau cara-cara belajar dengan mudah melalui internet, buku-buku panduan untuk pelajar dan juga melalui motivasi dari pakar kaunseling yang hebat.

Menurut hasil kajian yang telah dibuat melalui keberjayaan mahasiswa/wi dalam mengecapi kejayaan, kebanyakan mereka mengamalkan kaedah study group dimana ianya merupakan amalan atau teknik utama mereka dalam pembelajaran dengan berkongsi idea dan saling bertukar fikiran atau pendapat masing-masing dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka hadapi dalam pelajaran.

Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM amat menitik beratkan soal kejayaan mahasiswa di bumi barakah ini.

Justeru, PMRAM menyeru kepada semua agar memantapkan study group di peringkat masing-masing dan tidak hanya tertumpu kepada Kelas Tutorial semata-mata. Ingatlah bahawa setiap kejayaan itu pastinya memerlukan usaha dan tawakal yang lebih kepada Allah subhanahu wa taala.

Program yang dilaksanakan oleh PMRAM adalah sekadar membantu para mahasiswa dalam meningkatkan mutu pelajaran tetapi apa yang perlu diingatkan bahawa kesungguhan dan iltizam dalam mengejar cita-cita itu bergantung kepada diri setiap mahasiswa itu sendiri.

Bak kata pepatah Inggeris,“Believe in yourself! Have faith in your abilities! Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy”

Oleh itu, amat wajarlah kepada mahasiswa berubah dan bangkit dari tidur yang lena untuk menjadi agen perubah masyarakat pada masa akan datang.

SHAZAZIERRA BINTI SHARIF
Ketua Unit Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa
Hal Ehwal Wanita Islam [HEWI]
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

Wednesday, December 14, 2011

TOKOH MAAL HIJRAH PMRAM BAGI TAHUN 1433H


Bersempena dengan tahun baru Hijrah, PMRAM dengan berbesar hati telah memilih dua orang tokoh Maal Hijrah, mahasiswa dan mahasiswi yang telah banyak berjasa dan menabur bakti kepada PMRAM dan mahasiswa Islam di Ardhul Kinanah ini.

Majlis penganugerahan Tokoh Maal Hijrah telah disempurnakan oleh Presiden PMRAM Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman dalam program motivasi Misi Mumtaz Imtihan 2011 yang berlangsung pada 7 Disember baru-baru ini.

Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini telah dinobatkan kepada Saudara Hairul Nizam bin Mat Husain dan Saudari Hanisah binti Hj Muslim.

Saudari Hanisah binti Hj Muslim merupakan mahasiswa tahun akhir jurusan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar Kaherah. Beliau berasal dari Batu Pahat Johor ini dilahirkan pada 28 Mac 1985.

Anak ke-7 dari 12 orang adik beradik melakarkan detik kebahagian apabila disunting menjadi sayap kiri bagi seorang pemuda bernama Majdi bin Zakaria yang merupakan mahasiswa Al-Azhar jurusan Syariah Islamiah.

Langkahan pertama dalam menimba pendidikan awal di Sekolah Rendah Senggarang, Johor dan seterusnya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Arab Bugisiah Tampok kemudian

Diatas kecintaan dalam menuntut ilmu beliau meneruskan lagi pencarian ilmunya dengan memperolehi STAM di Maahad Johor dan meneruskan impiannya dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Ijazah Syariah Islamiah.

Perintis yang mula menampakkan sinarnya lantas digilap dengan begitu rapi sehingga melayakkan beliau menyandang jawatan Naib Pengerusi selama dua tahun .Pada tahun 2007 beliau adalah antara pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di bumi Anbiya’ di mana ini merupakan cita-cita beliau semenjak di bangku sekolah lagi.

Beliau tidak melepaskan peluang untuk mengambil ijazah kali kedua di universiti tertua dan tersohor di dunia ini dalam jurusan Syariah Islamiyyah juga.

Sepanjang 5 tahun keberadaan beliau di Perlembahan Nil ini, beliau pernah menjadi Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan HEWI BKPJM sesi 2008/2009. Mula terlibat secara langsung dengan PMRAM pada tahun 2008 sebagai Unit Pengisian dalam Unit Biah Solehah PMRAM selama 2 tahun dan timbalan pengarah selama setahun ,dan sekarang beliau merupakan Timbalan Pengarah Felo Manhal PMRAM.

Beliau juga banyak menyumbang tenaga dalam program-program yang dianjurkan oleh PMRAM. Walaupun sibuk menguruskan rumahtangga, beliau tidak ketinggalan dalam memberi pengisian ilmiah kepada mahasiswi dan tidak segan untuk berkongsi idea dan ilmu kepada mereka.

Bakat serta pengalaman yang beliau miliki seharusnya menjadi contoh serta ikon kepada seluruh mahasiswi di Ardhul Kinanah ini sebagai momentum untuk menjadi mahasiswi yang solehah serta berketrampilan seiring dengan arus kemodenan dunia di masa akan datang.

Barisan Kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM mengucapkan tahniah dan syabas kepada saudari Hanisah binti Hj Muslim atas gelaran Tokoh Maal Hijrah yang disandang oleh beliau pada tahun 1433H ini. Semoga saudari Hanisah dapat memanfaatkan gelaran yang diterima ini seterusnya menjadi ikon utama kepada mahasiswi khususnya dan masyarakat umumnya.

Monday, December 12, 2011

Suntikan Semangat Dalam Merealisasikan Kejayaan


KAHERAH, 12 Dis – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang merupakan persatuan induk yang menaungi mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil ini sentiasa optimis dalam memastikan kecemerlangan akademik bagi melahirkan generasi yang benar-benar utuh dan berwibawa.

Penganjuran program ceramah motivasi kecemerlangan Misi Menuju Mumtaz yang berlangsung di Rumah Kedah Hayyu Sabie' pada 7 Disember yang lalu telah menampilkan penceramah jemputan Dr Jamnul Azhar bin Haji Mulkan. Beliau juga merupakan mantan Timbalan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 1992.

Dengan pembawakan tema “Langkah Diteruskan, Doa Dipanjatkan” Misi Menuju Mumtaz kali ini bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat, kemudian ianya diselitkan dengan majlis perasmian kempen membaca yang dirasmikan oleh Presiden PMRAM 2011 Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman, cabutan bertuah, penyampaian anugerah Tokoh Maal Hijrah serta persembahan nasyid Kumpulan Al-Wadi.

PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan program motivasi tersebut. Semoga kita semua mencapai kajayaan dalam peperiksaan akan datang.

"PMRAM sentiasa menyediakan pelbagai lapangan dalam membantu akademik mahasiswa terus dipertingkatkan sekaligus menjulang Islam ke persada dunia," ujar Presiden PMRAM 2011 Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman.

Saturday, December 10, 2011

Thaqafah Berkualiti Membentuk Keluarga Mithali

KAHERAH, 10 Dis - Penekanan thaqafah merupakan tunjang utama dalam membina sebuah generasi yang dicorakkan di atas landasan Islam berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.

Oleh kerana yang demikian penekanan yang disasarkan dalam penganjuran Madrasah Saidatina Aisyah ( MSA ) dibawah Unit Pengetahuan dan Penyelidikan HEWI PMRAM 2011 selama ini dengan melaksanakan beberapa agenda dan aktivitinya tidak lain dan tidak bukan bagi merealisasikan objektif dan matlamat tersebut.

Antara pengisian yang mendapt sambutan baik dikalangan mahasiswi baru-baru ini samada pengajian Islam mahupun perubatan adalah diskusi kitab “ Tarbiatul Aulad Fil Islam “ karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan.

Kitab ini menjadi pilihan MSA pada kali ini dengan bertujuan untuk memahami konsep bait muslim yang sering dibicarakan dan objektif perlaksanaannya mengikut pandangan syara'.

Dengan menampilkan tenaga pengisi khusus daripada Unit Bait Muslim sendiri Saudari Hanisah bt Hj Muslim dan Saudari Noor Hafizah bt Samsudin dapat memberikan gambaran bahawa walaupun sudah bergelar seorang isteri tiada halangan dalam memenuhi kehendak semasa untuk melebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat.

Diskusi ini akan diteruskan lagi pada siri akan datang menerusi bab yang kedua bermula selepas musim peperiksaan nanti.

Memetik kalam yang ingin disampaikan oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya,“ Untuk menjadikan Negara yang memahami Islam perlulah bermula dari pemahaman Islam dan aqidah yang baik, seterusnya bijak dalam memilih pasangan hidup yang sama-sama akan bergerak dalam mentarbiah anak-anak mengikut arca Islam dan syariat Allah”.

Dr Nasih Ulwan juga telah menetapkan senarai kitab yang perlu dibentangkan kepada anak-anak mengikut lapisan umur dan cara mengatasi keruntuhan akhlak dikalangan anak-anak.

Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi menerusi kitab ini antaranya bagi memanfaatkan peranan muslimah sekaligus memantapkan jati diri seorang muslimah yang lengkap dengan ilmu dan akhlak yang sempurna.

"Semoga dengan pembentangan daripada kitab ini dapat memberikan kefahaman yang jelas dengan apa yang Islam gariskan dan tiada alasan untuk kita tidak dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian agar ilmu ini seiring dengan amal,” ujar Saudari Intan Soraya Hashim selaku Ketua Unit Pengetahuan dan Penyelidikan HEWI PMRAM ketika ditemui semalam.

“HEWI PMRAM tetap optimis dalam menjayakan pembawaan dan tema HEWI PMRAM dibawah subtopik ‘Jana Thaqafah Gilap Kemahiran’ yang mana lebih memfokus kepada peningkatan ilmiah dan thaqafah dikalangan ahli HEWI khususnya,” ujar Saudari Nurain Yaacob selaku Timbalan Pengerusi HEWI.

Friday, December 9, 2011

Makluman : Permohonan Kad PMRAM online


Makluman kepada ahli-ahli PMRAM, kepada mereka yang masih belum memiliki kad PMRAM, sila layari web PMRAM di www.pmram.org di bahagian : ISI PERMOHONAN ONLINE

Sebarang permasalahan dan persoalan sila rujuk Unit Pendaftaran di peringkat masing-masing atau terus menghubungi Lajnah Pendaftaran PMRAM 2011.

"Kemantapan Fikrah Membina Syaksiah"
"Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah"
' Satu Fikrah Satu Amal '

SENAT FAKULTI AL-AZHAR: Perlaksanaan PMRAM Untuk Menghadapi Peperiksaan


KAHERAH, 8 Dis - Mahasiswa tahun pertama Universiti Al-Azhar Kaherah berjaya disatukan dibawah Program Senat Fakulti Kuliah Al-Azhar pada 6 Disember yg lalu .

Program tersebut diadakan di Zon Asyir di Rumah Negeri Terengganu, Pahang manakala Di Zon Sabie' bertempat di Rumah Kelantan Baru dan Wisma Sultan Muhammad ke v.

Dengan berobjektif membantu mahasiswa Islam bagi menghadapi peperiksaan fasa satu, program ini sekaligus menjayakan subtopik Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2011 "Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama".

Program yang dianjurkan oleh Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 memberi peluang kepada para mahasiswa bagi mengetahui teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan dan kaedah Study Group yang berkesan.

"PMRAM akan terus berusaha sedaya upaya dalam memastikan mutu pembelajaran dan pencapaian akademik mahasiswa khususnya yang berada di bumi Mesir ini terus cemerlang dan berkualiti," ujar Saudari Shazazierra Sharif selaku Unit Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa HEWI PMRAM 2011.

Wednesday, December 7, 2011

Tip-tip Cemerlang Di Dalam Pembelajaran


Kondisi sebagai mahasiswa/wi Islam di Mesir samada pengajian Islam atau perubatan, keberjayaan di dalam pembelajaran sudah tentu menjadi matlamat penting dalam kehidupannya.

Hal ini demikian, mahasiswa/wi Islam yang sinonim dengan idealisme dalam mencetuskan pembaharuan, maka keberjayaannya di dalam pembelajaran menjadi pendangan awal bagi masyarakat.


Mahasiswa/wi Islam yang berjaya adalah mahasiswa/wi yang mampu mengimbangi segala aspek dari sudut pembelajaran, persatuan, pengurusan serta gerak kerja bermasyarakat.

Justeru, di peringkat PMRAM, pencapaian akademik menjadi satu subtajuk penting dalam ucapan dasar Presiden PMRAM 2010 iaitu "Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama".

Bahkan penekanan terhadap pembelajaran juga diberikan sejak awal permulaan pembelajaran di kuliah dan kemuncak ketika tempoh tawaqquf program.
Maka ketika itulah fokus menggerakkan suasana pembelajaran diperhebatkan agar mahasiswa/wi Islam tidak lalai dengan tanggungjawabnya dengan kecemerlangan akademik.

Namun, ramai mahasiswa/wi Islam yang masih kurang secara teknikal bagi meraih keberjayaan di dalam pembelajaran, mungkin disebabkan teknik pembelajaran yang tanpa berdisplin diamalkan di Malaysia menjadi kayu ukur untuk berjaya di peringkat universiti.

Apa yang pasti piawaian bagi teknikal pembelajaran adalah lebih tinggi di peringkat universiti, justeru memerlukan kepada displin pembelajaran yang baik dan teratur.

Dalam artikel ringkas ini akan dinyatakan beberapa tip-tip yang boleh digunakan bagi membantu teknik pembelajaran yang sudah sedia pakai.

Antaranya ialah :-


1) Reading by eagle's eye

Ini satu kaedah paling awal digunakan dalam memulakan pembelajaran. Kaedah ini adalah untuk menerapkan minat kepada mahasiswa/wi Islam untuk membaca buku kuliah tersebut.

Kaedah ini tidak memerlukan kepada kefahaman secara 100% dalam setiap patah perkataan, ia hanya untuk bagi mengetahui apakah isi yang ingin disampaikan oleh pensyarah universiti di dalam setiap perenggan.

Kaedah ini digunakan dengan cara mahasiswa/wi Islam membaca buku kuliah dari awal sehingga habis tanpa perlu berhenti mencari makna bagi setiap patah perkataan.

Bahkan kaedah yang dipanggil bacaan menggunakan mata helang perlu digunakan dengan laju. Maksudnya mahasiswa/wi Islam membaca buku secara berterusan sehingga habis.


Kemudian menyimpulkan apakah isi kandungan penting yang ingin diterangkan di dalam buku tersebut. Secara tidak langsung, mahasiswa/wi Islam akan terasa minat untuk mendalami pemahaman dengan membacanya kali kedua dengan lebih teliti serta mendapat gambaran awal mengenai kandungan buku tersebut.

2) Learning point by summary


Peringkat ke-2 selepas pembacaan oleh mata helang iaitu sepintas lalu, kaedah yang boleh digunakan ialah memahami tajuk-tajuk yang dibentangkan berdasarkan kefahaman setiap perenggan.

Iaitu meneliti apakah isi penyampaian bagi setiap perenggan. Hal ini demikian kerana bukan semula perenggan yang menerangkan isi penting.
Terdapat juga perenggan yang hanya menerangkan isi penting bagi perenggan yang sebelumnya.

Justeru, dalam kaedah ini, mahasiswa/wi Islam perlu mengasingkan setiap perenggan dengan mencari apa isi penting dalam perenggan. Mungkin dalam 7 perenggan hanya 2 perenggan sahaja yang menerangkan isi-isi penting, berbaki ialah menerangkan atau syarahan kepada isi-isi tadi sahaja.


Maka dalam kaedah yang ke-2 ini iaitu learning point by summary ialah memahami isi penting secara kesimpulan.

Iaitu dapatkan dahulu berapakah isi penting bagi satu-satu tajuk, kemudian dengan kefahaman awal yang telah digunakan melalui kaedah reading by eagle's eye akan membantu sedikit sebanyak apakah yang ingin disampaikan melalui isi-isi penting yang disampaikan dalam satu tajuk tersebut.


3) Schedule and target

Selepas itu, mahasiswa/wi Islam akan mendapati bagi setiap buku kuliah, manakah buku yang paling dia mendapat kefahaman yang paling sedikit selepas kaedah pertama dan ke-2 digunakan.

Justeru, susun jadual untuk menetapkan baca buku kuliah mengikut kesukaran dalam mendapat kefahaman, maka letakkan buku kuliah tersebut untuk kerap dibaca walaupun sedikit.

Hal ini demikian kerana buku kuliah yang susah untuk difahami mestilah dibaca dengan lebih kerap untuk tidak menjemukan mahasiswa/wi Islam untuk menghabiskan bacaan serta supaya tidak mudah hilang kefahaman apabila tidak kerap membaca.

Berbeza dengan buku yang senang mendapatkan kefahaman melalui kaedah pertama dan kedua, maka buku kuliah tersebut dijadualkan walaupun tidak kerap, tetapi banyakkan target muka surat yang ingin dihabiskan bagi setiap pembacaan.

Hal ini demikian, biar buku yang mudah difahami dihabiskan lebih awal supaya boleh memberikan ruang yang banyak untuk tumpu buku kuliah yang agak sedikit payah untuk difahami.


Selain itu, buku kuliah yang mudah difahami perlu dihabiskan dengan lebih awal adalah supaya mahasiswa/wi Islam terus mendapatkan gambaran sepenuhnya terhadap subjek tersebut dan hanya perlu mengingati secara berulang-ulang apa yang telah dibaca dan difahami.

Maka kesimpulannya, buku yang susah difahami mestilah dijadualkan agar lebih kerap membaca walaupun sedikit target muka surat yang mesti dihabiskan bagi setiap bacaan.
Manakala buku yang mudah difahami perlulah dihabiskan dengan segera dan setip kali pembacaan mestilah baca dengan lebih banyak supaya mendapat pemhaman dengan lebih banyak dalam satu-satu masa.


4) Study Group Kaedah ini juga banyak membantu untuk lebih memahami serta menjimatkan masa. Belajar secara berkumpulan semestikan menjadikan tenaga pembelajaran lebih besar. Bahkan dapat membantu mahasiswa/wi Islam untuk menampung setiap kelemahan yang ada.

Namun begitu, sebaik-baiknya mahasiswa/wi Islam sudah membaca dahulu buku kuliah tanpa mengharapkan untuk mula membaca dengan bermulanya pembelajaran secara berkumpulan.


Pembelajaran secara berkumpulan juga, adalah medium untuk memastikan apa yang kita faham melalui pembacaan secara individu kita adalah betul. Hal ini demikian kerana, segelintir mahasiswa/wi Islam yang belajar secara berseorangan merasakan apa yang difaham adalah begitu, namun hakikat yang sebenar adalah sebaliknya sehingga menyebabkan ia kecundang di dalam peperiksaan.

Pembelajaran secara berkumpulan yang terbaik juga adalah memastikan tempoh untuk menghabiskan semua kitab kuliah dengan tempoh yang lebih awal agar ulangkaji dapat dijalankan lebih awal.

5) Revision


Maka selepas habis pembacaan buku kuliah, mahasiswa/wi Islam mesti mengulangkaji semula apa yang telah difahami, isi-isi penting yang telah digariskan serta menguatkan hafalan mengenai apa yang dibentangkan di dalam buku tersebut.

Tempoh ulangkaji bukanlah apabila dekat dengan peperiksaan, namun ulangkaji yang terbaik ialah dilaksanakan selepas mempelajari dan membaca buku. Hal ini demikian kerana antara kesilapan mahasiswa/wi Islam iailah selepas tamat pembacaan, maka mereka akan berehat panjang dan melaksanakan ulangkaji apabila tempoh peperiksaan sudah tidak lama menjelang.

6) Examination's Note Nota ringkas bagi peperiksaan juga adalah penting untuk memastikan mahasiswa/wi Islam dapat menghafal dengan lebih cepat serta dapat mengulangkaji subjek dengan lebih kerap.

Nota ringkas ini boleh dilakukan samada ketika ulangkaji pertama dilakukan atau selepas selesai ulangkaji yang pertama.
Nota ringkas juga akan membantu mahasiswa/wi Islam mengingati isi-isi penting secara tidak langsung, kerana apabila ingin membuat nota ringkas maka tidak dapat tidak mahasiswa/wi Islam mesti membaca serta meneliti apa isi-isi penting yang sesuai diletakkan sebagai nota ringkas.

Bahkan nota ringkas amat penting bagi menjamin persediaan mahasiswa/wi Islam di saat akhir peperiksaan sebelm memasuki dewan peperiksaan.
Maka 6 kaedah yang telah dibentangkan di atas merupakah salah satu teknik pembelajaran secara berdisplin.

Namun begitu, asas-asas penting dalam pembelajaran perlulah diperkasakan bagi menjamin keberjayaan di dalam pembelajaran.

Antara asas-asas penting ialah:-


- menghadiri kuliah
- bertanya soalan kepada pensyarah serta rakan kelas
- mendapatkan motivasi yang dianjurkan oleh persatuan supaya menambahkan semangat untuk belajar
- berdoa kepada Allah agar diberikan keberkatan dalam pembelajaran dan kejayaan di dalam peperiksaan
.

Semoga apa yang dibentangkan di atas dapat membantu mahasiswa/wi Islam dalam mencapai kejayaan seterusnya menjayakan subtajuk "Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama".

" Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah "

" Kesatuan Ukhuwwah Manifestasi Tarbiyah"

Disediakan oleh :
Unit Pengkuliahan dan Tutorial
Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011.

Agenda Akademik : Misi Menuju Mumtaz


KAHERAH, 7 Dis – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM) selaku persatuan induk yang menaungi mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil sentiasa optimis dalam memastikan kecemerlangan ahli didalam sudut akademik bagi melahirkan generasi yang benar-benar utuh dan berwibawa.

Bersempena dengan tarikh peperiksaan yang hampir tiba tidak lama lagi, PMRAM sekali lagi menganjurkan ceramah motivasi kecemerlangan Misi Mumtaz Imtihan hari ini dan bertempat di Rumah Kedah Hayyu Sabiek, bermula pada pukul 5 malam.

Program yang bertemakan “Langkah Diteruskan, Doa Dipanjatkan” ini akan disusuli dengan pelbagai pengisian menarik.

Antaranya solat hajat , ceramah motivasi perdana dan anugerah tokoh Maal Hijrah.
Sehubungan dengan itu seluruh mahasiswa dan mahasiswi dijemput untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Segala maklumat lanjut boleh melayari laman rasmi PMRAM, www.pmram.org dan Facebook Rasmi PMRAM Pusat serta Blog HEWI PMRAM dari masa ke semasa.

Friday, December 2, 2011

SWAD : Medium menggarap kemahiran ahli HEWI

KAHERAH, 2 Dis – Bagi mencapai objektif penubuhan Skuad Wajadiri PMRAM (SWAD) dibawah Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan HEWI PMRAM, SWAD siswi pada sesi ini telah berjaya mengadakan kelas taekwondo dan silat.

Kelas yang diadakan pada setiap minggu itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli siswi.

Bagi memberi laluan sepenuhnya kepada mahasiswa mahasisiwi lebih fokus terhadap akademik, kelas tersebut telah ditawaquf pada minggu lepas dan akan disambung selepas imtihan fasa satu nanti.


"Sebenarnya seni beladiri ini bukan sahaja untuk mengasah bakat, malahan sebagai satu ilmu tambah untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku memandangkan keadaan keselamatan sekarang yang amat memerlukan kepada ilmu mempertahankan diri lebih- lebih lagi bagi mahasiswi khususnya, ” ujar Saudari Nurul Arifah Hilmi selaku Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan.

Perkara ini sejajar dengan kehendak PMRAM yang mahukan ahlinya mantap dengan thaqafah dan pelbagai kemahiran dalam mengharungi mehnah hidup masyarakat disini dan di Malaysia kelak.

Semoga medan yang disediakan ini dapat diambil manfaat sepenuhnya oleh setiap mahasiswi yang merasakan pentingnya dalam menggarap kemahiran.

Thursday, December 1, 2011

Penulisan Ilmiah Medium Dakwah Kontemporari

KAHERAH , 1 Dis – Setelah hampir dua bulan berlalu, kemuncaknya telah tiba.

Pada 24 September yang lalu, Markaz Pengumpulan Hasil Kajian ( MANHAL ) salah satu unit di bawah Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM telah menganjurkan Pertandingan Penulisan Ilmiah.

Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat ahli di setiap peringkat samada BKAN mahupun DPM . Tarikh akhir penyerahan hasil penulisan tersebut adalah pada hari ini 1 Disember 2011.

Fokus objektif penganjuran pertandingan ini adalah bagi menggalakkan mahasiswa Islam dalam membuat pengkajian ilmiah sekaligus dapat membudayakan penulisan sebagai wadah percambahan idea.


Semenjak dibuka dua bulan lepas, sambutan yang diterima dari kalangan ahli sangat menggalakkan, hadiah yang ditawarkan kepada pemenang adalah bernilai sekitar LE 1000.

Bagi peserta yang menyertai pertandingan ini boleh terus menghantar karya tersebut ke Pejabat PMRAM untuk siswa dan Markaz HEWI untuk siswi.

"PMRAM mengharapkan agar penganjuran pertandingan ini dijadikan sebagai perintis untuk mahasiswa Islam mengkaji dan menerobos dunia penulisan sekaligus dijadikan sebagai wasilah penyebaran dakwah" ujar Saudara Ahmad Zamzami bin Che Daud selaku Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2011.

Lagu Rasmi PMRAM