Thursday, February 23, 2012

PIALA TPH (Timbalan Pengerusi Hewi) KEMBALI LAGI

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, pada sesi 2011 ini kita dapat merencanakan satu program yang berbentuk hari keluarga ini khusus buat mahasiswi Malaysia yang berada di bumi Mesir.

SISWI’S DAY merupakan program mega HEWI di bawah anjuran UKKK dengan kerjasama UPAP HEWI PMRAM 2011. Program khusus untuk mahasiswi ini diatur dan disusun dengan sebaiknya dan diberi nama “SISWI’S DAY “ yang mana ia melibatkan acara dalam dan luar dewan.

Bertepatan dengan tema HEWI PMRAM pada sesi ini iaitu Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiah,dimana program ini terdapat pengisian-pegisian yang menambah thaqafah.

Antara objektif yang utama ialah untuk merapatkan ukhuwah dan kesatuan seluruh PMRAM cawangan dan secara tidak langsungnya akan merapatkan lagi ukhuwah diantara zon taakhi yang telah ditetapkan.Antara objektif lain ialah,melahirkan mahasiswi yang bersyakhsiah dan berkredibiliti tinggi,memperkasa peranan mahasiswi dalam mendepani cabaran yang akan datang, penerapan thaqafah dan ilmu kemahiran mahasiswi sebagai bekalan untuk berhadapan dengan masyarakat di tanah air.

SISWI’s DAY meletakkan Piala TPH (Timbalan Pengerusi HEWI) dengan acara bola jaring sebagai kemuncak dalam merebut piala pusingan yang akan dinobatkan dalam acara “Piala TPH” setelah dua tahun Piala TPH tidak dapat dijalankan atas beberapa faktor.

Program ini juga disusun untuk mencungkil bakat serta kemahiran yang ada pada mahasiswi.Harapan yang menggunung dari pihak penganjur agar mahasiswi merebut peluang melalui medan yang sedia ada serta memanfaatkan ilmu dan bakat yang ada untuk disebarkan kebaikannya.


Nurul Arifah binti Hilmi
Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian & Kemasyarakatan
HEWI PMRAM 2011

Lagu Rasmi PMRAM