Bertemakan "Sinergi Kasih Asimilasi Pemikiran", program mega HEWI tersebut telah mengetengahkan konsep hari keluarga dengan memberi penekanan dalam pengisian ilmiah sekaligus melatih soft skill ahli HEWI.
Dua pengisian ilmiah, iaitu diskusi kitab "Markazul mar'ah" dan pembentangan kertas kerja "Isu semasa". Manakala pertandingan pidato dan forum juga turut diadakan bagi melatih soft skill mahasiswi.
Pendekatan ini dipilih untuk memberi peluang kepada semua wakil kontinjen yang ada agar turut sama menyertainya selain ia turut bertujuan memperkasakan zon ta'akhi yang telah ditetapkan.
Kehebatan dan ketrampilan mahasiswi Islam Malaysia di Mesir dalam berhujah terbukti dengan keberhasilan setiap kontinjen dalam mengupas tajuk dan lontaran idea yang bernas serta relevan mengikut keadaan semasa.
Kepetahan mahasiswi dalam berbahasa arab ditonjolkan oleh setiap wakil kontinjen dalam pertandingan Pidato Bahasa Arab. Lontaran idea beserta susunan ayat yang menarik dan penyampaian yang penuh bersemangat memukau hadirin yang hadir.
Keputusan akhirnya memihak kepada Zon A ( Khaibar). Manakala dalam pertandingan pidato Zon D (Khaibar) telah menjuarainya.





