Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Tuesday, February 28, 2012

BAGAIMANA MENJADI SEORANG MUSLIMAH BERFIKRAH ISLAMIYYAH?

Islam merupakan ajaran Allah yang lengkap, sempurna, syumul dan merangkumi seluruh aspek kehidupan mukmin. Inilah Addeen yang diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan telah dilaksanakan sejak zaman awal diutuskan Rasulullah S.A.W ke bumi ini.

Allah S.W.T telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam dalam firmanNya:


اليوم أكملت لكم دينكم و أتممت عليكم نعمتي و رضيت لكم الإسلام دينا

Yang bermaksud, “ Pada hari ini telahku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah aku cukupkan padamu nikmatku dan telah kuredhai Islam itu jadi agama bagimu” (Al-Maidah:3)

Oleh kerana Deenul Islam telah sempurna, maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Kita hendaklah menyedari bahawa, kita adalah pengikut dan penganut Deenul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah dan bukannya pencipta Deen.

Oleh yang demikian, maka kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu yang harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita, dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah :


Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikut prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah” (Al-anam:116)

Nilai yang ada pada diri kita juga ialah nilai Islam, iaitu nilai yanag telah ditetapkan oleh Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. Oleh yang demikian, tidak dapat tidak, sebagai hamba Allah kita wajib redha pada syariat Islam.

Tasawwur Islami(gambaran Islam) hendaklah difahami dengan betul, dan kita hendaklah bersifat jiddiah (serius) dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukkan dengan isme-isme lain.


Untuk itu, kita hendaklah mengenali Islam dan mengenali jahiliyyah. Mengenal Islam untuk dihayati dan mengenal jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi, dengan itu barulah kita dapat membezakan antara pembawakan jahiliyyah atau Islam.

Sabda rasulullah S.A.W : “ Barangsiapa mengenal atau mempelajari bahasa sesebuah kaum, maka mereka terselamat dari tipu daya mereka

Selain itu, Kita juga mesti mengenali atau menguasai realiti agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal. Untuk memahami Islam dan realitinya, kita sememangnya kekurangan ilmu, oleh itu berhajat atau perlu kepada berjama’ah (berkumpulan). Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang sama atau setaraf, tetapi dengan berjema’ah(berkumpulan) kita mampu mengatasinya.

Disamping itu, antara sikap yang mesti ada ialah, kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan berasaskan Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti “demi pembangunan”, “demi kemajuan” atau “malam amal” . Dalam hal ini kita hendaklah mengenengahkan fikrah Islam dengan Jelas dan pendirian Islam yang tegas kepada masyarakat.

Setiap individu muslim juga mesti mempunyai al-Wa’yu al-Islami (kesedaran Islam), Ianya tidak sama dengan ilmu Islam kerana dalam usaha untuk memperolehi “kesedaran Islam” perlu kepada kesabaran, ketekunan dan kegigihan dalam berusaha.

Seseorang yang mempunyai “kesedaran Islam” akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam. Untuk itu, kita perlukan kepada didikan atau tarbiyyah. Tarbiyyah yang boleh melahirkan syakhsiah atau keperibadian muslim sejati.

Seorang mujahid Islam, Ustaz Fathi Yakan menyatakan bahawa, pembentukan syakhsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Antara contohnya, dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima’ dan sebagainya.

Seorang muslim hendaklah tidak menghilangkan satu fikrah islam pun dari pemikirannya. Sesiapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng.

Ketahuilah bahawa, fikrah yang kita bawa adalah ad-deen yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Ad-Deen yang dimaksudkan di sini bukanlah ad-deen yang diterjemahkan kepada agama sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang. Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu al-Quran dan Hadith dan juga dari ulama’ dan mujahid Islam yang muktabar.

Allah S.W.T telah memberi kata putus dan memberi pilihan kepada hamba-hambNya samaada beriman atau tidak, sebagaimana firmanNya yang bermaksud:


Dan katakanlah (wahai Muhammad): kebenaran itu ialah yang datang dari tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah” (al-Kahfi:29)

Oleh itu, sebagai hamba kita hendaklah berfikiran jauh, iaitu memikirkan tentang kedudukan dan nasib kita pada hari akhirat kerana kita tidak tahu dimanakah tempat yang bakal diduduki samaada syurga atau neraka. Dek kerana ceteknya pengetahuan akal seorang hamba dan ketidaktahuan ini, maka hendaklah kita mempunyai sifat takut dan berharap. Takut ialah bagi yang mengenaliNya, dan harap bagi yang melaksanakan suruhanNya.

Iltizam kita kepada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga, kita perlu kepada “kesedaran Islam yang jelas” dan bukannya ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam yang sebenarnya. Sekiranya diperingkat individu muslim sudah tidak berjaya untuk menguasai pemahaman Islam secara tulus, maka bagaimana untuk membawa penghayatan Islam secara sepenuhnya dalam konteks masyarakat.

Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman atau tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan keinginan untuk melaksanakan Islam denagn patuh. Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi, tetapi haruslah dilazimi dengan Islam dan juga diiringi dengan Iradah(kehendak atau keinginan). Maksudnya, di mana sahaja kita berada kita membawa Islam. Ini juga bererti, peribadi kita menterjemahkan Islam..(Islam menjadi darah daging).

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa, dalam melalui proses tersebut masih terdapat saki baki jahiliyyah. Oleh itu, penting bagi seseorang muslim untuk mengetahui apakah ciri-ciri jahiliyyah dan apa sahaja yang berkaitan dengannya supaya ianya menjadi panduan kepada kita untuk menjauhkan diri dari aspek-aspek jahiliyyah tersebut.

Apabila melihat kepada konteks muslimah, yang mana muslimah juga merupakan individu-individu muslim yang perlu berfikrah dengan fikrah Islamiyyah yang jelas, maka selayaknya bagi seseorang muslimah itu untuk memakaikan dirinya dengan pakaian Islam yang indah yang menterjemahkan keindahan dan kesempurnaan Islam. Muslimah juga harus menampilkan idea pemikiran dan pengetahuan yang berlandaskan fikrah Islamiyyah dalam membentuk masyarakat dan madu’u disekelilingnya.

Muslimah adalah diantara penyumbang terbesar ke arah jatuh bangunnya sesuatu bangsa atau Negara. Oleh itu, wahai muslimah yang dianugerahkan oleh Allah dengan sifat-sifat dan kelebihannya yang tersendiri, laksanakanlah setiap amanah yang dipundakkan dengan sebaiknya dan jauhilah daripada menjadi pendorong kepada perkara-perkara yang dimurkai oleh pencipta agung kita Allah S.W.T.

Risalah أيتها الفتيات (Bil : 6)
Unit Dakwah dan Pembangunan Insan
Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

Sunday, February 26, 2012

SISWI's DAY : TENTATIF PROGRAM HARI KEDUA


Tarikh : 26 Februari 2012
Tempat : Nadi Syabab, Musallas

7.00-7.30 : Pendaftaran peserta

7.30-7.45 : Perarakan masuk kontinjen

7.45-8.00 : Persembahan SWAD

8.00-8.15 : Warm Up


8.15-9.30 : Piala TPH

9.30-10.30 : Nisa' Games (sukaneka)

10.30- 11.30 : Perasmian Penutup & Penyampaian hadiah

12.00 : Bersurai

Saturday, February 25, 2012

SISWI's DAY : TENTATIF PROGRAM HARI PERTAMA

HARI PERTAMA
Tarikh : 25 Februari 2012
Tempat : Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabi'e.

7.00-7.30 : Pendaftaran

7.30-8.00 : Majlis Perasmian

8.00-8.30 :Diskusi Kitab (Markazul mar'ah fi hayatil Islamiyyah)

9.30-945 : Rehat dan solat Dhuha

9.45-11.15 : Pembentangan kertas kerja (Mahasiswi Mendepani Isu)

11.15-12.00 : Rehat, solat dan makan tengahari

12.00-3.00 : Pertandingan Pidato dan Forum

3.30 :Bersurai

Pameran hasil gubahan dan kraftangan setiap Zon Taakhi sepanjang program.

Seluruh mahasiswi dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara yang disusun pada hari ini.

Thursday, February 23, 2012

PIALA TPH (Timbalan Pengerusi Hewi) KEMBALI LAGI

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, pada sesi 2011 ini kita dapat merencanakan satu program yang berbentuk hari keluarga ini khusus buat mahasiswi Malaysia yang berada di bumi Mesir.

SISWI’S DAY merupakan program mega HEWI di bawah anjuran UKKK dengan kerjasama UPAP HEWI PMRAM 2011. Program khusus untuk mahasiswi ini diatur dan disusun dengan sebaiknya dan diberi nama “SISWI’S DAY “ yang mana ia melibatkan acara dalam dan luar dewan.

Bertepatan dengan tema HEWI PMRAM pada sesi ini iaitu Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiah,dimana program ini terdapat pengisian-pegisian yang menambah thaqafah.

Antara objektif yang utama ialah untuk merapatkan ukhuwah dan kesatuan seluruh PMRAM cawangan dan secara tidak langsungnya akan merapatkan lagi ukhuwah diantara zon taakhi yang telah ditetapkan.Antara objektif lain ialah,melahirkan mahasiswi yang bersyakhsiah dan berkredibiliti tinggi,memperkasa peranan mahasiswi dalam mendepani cabaran yang akan datang, penerapan thaqafah dan ilmu kemahiran mahasiswi sebagai bekalan untuk berhadapan dengan masyarakat di tanah air.

SISWI’s DAY meletakkan Piala TPH (Timbalan Pengerusi HEWI) dengan acara bola jaring sebagai kemuncak dalam merebut piala pusingan yang akan dinobatkan dalam acara “Piala TPH” setelah dua tahun Piala TPH tidak dapat dijalankan atas beberapa faktor.

Program ini juga disusun untuk mencungkil bakat serta kemahiran yang ada pada mahasiswi.Harapan yang menggunung dari pihak penganjur agar mahasiswi merebut peluang melalui medan yang sedia ada serta memanfaatkan ilmu dan bakat yang ada untuk disebarkan kebaikannya.


Nurul Arifah binti Hilmi
Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian & Kemasyarakatan
HEWI PMRAM 2011

Monday, February 20, 2012

Rasulullah S.A.W Ikon Terbaik Mahasiswa


KAHERAH, 20 Feb - Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyah. Lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di bumi Makkah. Bayi ini dilahirkan bakal membawa perubahan bagi sejarah peradaban manusia.

Kini tibalah detik yang bersejarah pada setiap tahun di atas kelahiran kekasih Allah yang ditunggu-tunggu. Ketabahan Rasulullah dalam mengharungi ujian demi ujian, biarpun dicaci difitnah.Dan keberhasilan menangani liku-liku tribulasi, akhirnya membawa kepada kebenaran dan kecemerlangan Ad-din hingga ke hari ini.

Maka disini, perlulah setiap individu merealisasikan dan meneruskan rantai-rantai perjuangan Rasulullah dari pelbagai sudut. Antara tunjang yang perlu dipraktikkan ialah kebangkitan akal, ilmu dan pemikiran. Seterusnya tunjang kepada kebangkitan hati, jiwa, perasaan dan spiritual.


Khususiat inilah yang dibekalkan serta menjadi implementasi yang wajib kepada penyambung rantai-rantai perjuangan. Komposisi anak muda seperti ini menjadi isyarat awal bahawa kebangkitan Islam mula dirintis. Interprestasi yang dapat dilontarkan sesungguhnya Rasulullah adalah seorang yang proaktif, inovatif dan bervisi dalam merancang sesuatu perkara.

Perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah dapat dipraktikkan di setiap jiwa-jiwa pejuang Islam dalam menggerakkan dakwah dan mengibarkan panji Islam di muka bumi Allah ini.


Mahasiswa selaku anak muda harus mempersiapkan diri berhadapan dengan cabaran perjuangan. Mahasiswa merupakan asset ummah yang diletakkan di kelompok Institusi utama untuk menggerakkan ummah ke arah melaksanakan aspirasi perubahan.Tidak ketinggalan juga amanat yang harus di pikul ke atas pemudi atau dikenali sebagai saf mahasiswi harus mempunyai bekalan yang cukup untuk berhadapan dengan tribulasi.

Kembali kepada sejarah ketamadunan Islam bahawa partisipasi pemudi-pemudi yang turun ke padang membantu gerak kerja Islam. Antaranya ialah Sofiyyah rha, Asma’ binti Abu Bakar rha, Aisyah rha, Fatimah Az-Zahra’ rha. Kelompok pemudi inilah yang menjadi tunggak utama dibelakang para pejuang dengan peranan masing-masing. Bukan sahaja sebagai jururawat di medan perang, tetapi juga sebagai benteng kubu yang kuat untuk mempertahankan kedaulatan Islam.

Sebenarnya, kalau diperhati dengan teliti, kita akan dapati bahawa pemuda-pemudi merupakan asas yang utama dalam pembinaan setiap gerak kerja. Nyatanya dalam al-Quran sendiri menegaskan beberapa ayat yang khusus menyebut tentang pemuda antaranya , “ Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk” [ Surah Kahfi ]


Selayaknya sebagai pemuda, bukan sahaja memiliki tenaga yang gagah dan minda yang cerdas, tetapi juga jiwa yang optimis dan hati yang redha sekira-kira ianya menjadi suatu qudwah yang baik untuk semua peringkat. Peribadi yang dihiasi dengan akhlaq terpuji dan semangat yang penuh hikmah juga selayaknya menjadi milik pemuda tatkala mengenderai amal Islami yang penuh dengan pancaroba.

Susunlah langkah, gandinglah tangan dan aturlah bicara untuk merencana kekuatan ummah dengan penuh yakin bahawa Islam adalah satu agama yang pasti menang. Namun, nilai kemenangan itu harus dibayar dengan harga yang amat tinggi.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga . (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar". [Surah Taubah : 111)


Ayuh anak muda! Hapuskan dari menjadi golongan yang inferior, meliat dan menilai kehebatan yang ada pada golongan sekular tetapi tidak kepada dirinya sendiri. Adalah berkewajipan kepada golongan intelektual Islam untuk mempersiapkan diri dari sekarang agar mereka dapat berperanan dengan sebaik mungkin di masa akan datang.


Ketahuilah sesungguhnya Islam berpusing sebagai satu bulatan maka hendaklah kamu berpusing bersama Islam sekira mana ia berpusing. Ketahuilah sesungguhnya Al-Kitab dan Pemerintah akan berpisah maka jangan kamu memisahkan Kitab. Ketahuilah sesungguhnya akan berlaku ke atas kamu pemerintah yang melaksanakan pemerintahan untuk kepentingan mereka tidak untuk kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari mereka, mereka akan membunuh kamu dan jika kamu mentaati mereka, mereka akan menyesatkan kamu. Lalu mereka berkata : Wahai Rasulullah, bagaimana seharusnya kami lakukan ? Baginda menjawab: lakukanlah sebagaimana sahabat-sahabat Nabi Isa bin Maryam 'Alaihissalam, mereka dikelar dengan gergaji dan digantung di atas palang kayu, mati dalam keadaan taat kepada Allah adalah terlebih baik dari hidup dalam keadaan memaksiatkan Allah.


Unit Penerangan dan Penerbitan
Hal Ehwal Wanita Islam [ HEWI]
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

Sunday, February 19, 2012

SISWI'S DAY : 25 & 26 Februari Ini...!

KAHERAH, 19 Feb - Sejajar dengan matlamat yang digariskan, Unit Kebudayaan, Keseniaan dan Kemasyarakatan dengan kerjasama Unit Pengetahuan dan Penyelidikan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan SISWI'S DAY pada tahun ini yang berkonsepkan pengisian ilmiah dan jasmani sekaligus merealisasikan tema pembawaan HEWI PMRAM, "Kesatuan Ukhuwwah, Manifestasi Tarbiyah".

SISWI'S DAY yang bertemakan "Sinergi Kasih, Asimilasi Pemikiran" ini akan dihangatkan dan dimeriahkan lagi dengan acara-acara menarik. Antaranya,Diskusi Kitab, Pembentangan Kertas Kerja,Piala TPH, Sukaneka, Pidato dan pelbagai acara lagi menanti disana. Seluruh mahasiswi di perlembahan Nil ini dijemput hadir.

"Setelah hampir dua tahun Piala TPH (Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM) tidak dapat dilaksanakan, maka kami mengambil inisiatif dan kesempatan yang ada pada tahun ini bagi meneruskan kesinambungan objektif yang bertujuan untuk mengumpulkan seluruh mahasiswi khususnya di Ardhul Kinanah ini. Oleh itu, kami mengharapkan sokongan dan kerjasama seluruh mahasiswi untuk bersama-sama menjayakan SISWI'S DAY yang bakal berlangsung tidak lama lagi", ujar Saudari Nurul Arifah Hilmi, Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan HEWI PMRAM merangkap Pengarah SISWI'S DAY ketika ditemui.


"Kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran seluruh mahasiswi tidak kira pengajian Islam, perubatan, Maa'had Bu'uth, dan Markaz Bahasa agar dapat sama-sama kita memeriahkan dan mengeratkan silaturrahim diantara kita. Sebagaimana tema yang dibawa pada program ini 'Sinergi Kasih, Asimilasi Pemikiran", ujar Saudari Intan Soraya Hashim selaku Timbalan Pengarah SISWI'S DAY.

Saturday, February 18, 2012

Ukhuwah Dieratkan, Kasih diterjemahkan



KAHERAH, 18 Feb – Bagi memastikan pembawaan tema HEWI PMRAM agar terus direalisasikan, satu kunjung hormat dari HEWI PMRAM 2011 bersama seluruh Timbalan Yang Dipertua HEWI BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri ) yang merupakan PMRAM Cawangan ke rumah Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir telah berjaya diadakan semalam.

Kebersamaan kepimpinan HEWI PMRAM dan PMRAM Cawangan jelas terbukti dengan komitmen dan kerjasama yang telah diberikan pada kunjungan tersebut dengan kehadiran dari seluruh pimpinan. Selaras dengan tema pembawaan HEWI PMRAM, Kesatuan Ukhuwwah Manifestasi Tarbiyah”.

Kunjungan tersebut disambut dengan meriahnya oleh tuan rumah yang merupakan isteri kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor Mesir iaitu puan Nur Atiqah Catherine Abdullah pada jam 9.00 pagi.

Pertemuan tersebut dimulakan dengan sesi taaruf untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin dan kemudiannya disusuli dengan ucapan alu-aluan dari Puan Atiqah.


Seusai itu, seluruh pimpinan beramah mesra diantara satu sama lain.Turut hadir dalam majlis tersebut, wakil mahasiswi Perubatan.


“Ukhuwah yang kita bina selama ini perlu dieratkan lagi seperti kata peribahasa melayu “ bagai isi dan kuku” . Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Atiqah selaku tuan rumah kerana sudi menerima kunjungan daripada kami kepimpinan HEWI PMRAM pusat dan Cawangan ke rumah Puan,dan kami juga mengharapkan pertemuan sebegini berkekalan dan akan diteruskan pada masa akan datang", ujar Saudari Nurain Yaacob Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2011 dalam pertemuan tersebut.

Friday, February 17, 2012

Makluman : MSA 18 Februari Ditunda

KAHERAH, 17 Feb - Madrasah Saidatina Aisyah minggu ini (18 Februari) akan ditunda ke masa yang akan dimaklumkan kemudian.

Sebarang perkembangan boleh diikuti melalui blog; hewipmram55.blogspot atau facebook; PMRAM Pusat.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.


"Kesatuan Ukhuwah, Manifestasi Tarbiah"

Thursday, February 16, 2012

MSA : Tarbiatul Aulad Siri 6


Aspirasikan keilmuan seiring dengan kefahaman untuk dipraktikkan,
Rebut peluang keemasan demi merealisasikan keharmonian Islam dalam kehidupan , Memahami konsep pendidikan anak-anak melalui " Diskusi Tarbiatul Aulad ".

Hari : Sabtu
Masa : 8 hingga 10 pagi
Tempat : Rumah Kedah Baru

Jangan ketinggalan...peluang menimba ilmu dan thaqafah yang akan didiskusikan...

"Kesatuan Ukhuwwah, Manifestasi Tarbiyah"

Wednesday, February 15, 2012

SATU HATI : Medan Pimpinan Mahasiswi Beraksi

KAHERAH,15 Feb - Program SATU HATI yang saban tahun dilangsungkan telah berjaya diadakan semalam, 14 Februari, bertempat di Padang Musallas, Haiyyu Asyir.

SATU HATI merupakan program anjuran di bawah Lajnah / Unit Perancang & Panitia PMRAM yang telah menghimpunkan seluruh pimpinan cawangan peringkat BKAN & DPM yang juga berjaya disempurnakan perasmiannya oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhammad Zuhaili Saiman selaku Pengerusi HEWI PMRAM.

Antara yang menarik di dalam program ini, ialah bentuk & konsep pembawakan dalam setiap pengisian berbeza dari siri-siri program lepas.

Ianya juga turut diakui oleh setiap pimpinan cawangan yang pernah mengikuti program lepas.

Pengisian pertama mengenai Sejarah Kita telah disampaikan oleh Mantan Timbalan Pengerusi HEWI, Saudari Siti Anisah Ahmad dan digandingkan bersama Penasihat HEWI PMRAM, Saudari Izzati Farhana Mahadzir.

Turut diserikan pengisian kedua mengenai "Karektor Seorang Pimpinan" oleh Naib Pengerusi HEWI II (Unit Dakwah & Pembangunan Insan), Saudari Nurul Hasanah Yahuza.

Tindak balas yang diterima dari setiap pimpinan cawangan melalui 2 modul GKB yang diberikan sangat memuaskan.

Ini dapat dibuktikan melalui keterlibatan yang amat baik telah diberikan oleh setiap pimpinan cawangan dalam setiap pembentangan.

"Apa yang diharapkan oleh HEWI PMRAM, semoga setiap pimpinan mahasiswi peringkat cawangan BKAN & DPM dapat mengukuh kesatuan bersama, dan seterusnya memperkasa gerak kerja bersama yang bertunjangkan Satu Hati, Satu Fikrah & Satu Amal sekaligus merealisasikan Tema HEWI PMRAM "Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah" ujar Naib Pengerusi HEWI (Unit Perancang & Panitia), Saudari Siti Fathiyah Mohd Razi ketika ditemui di tapak program semalam.

Monday, February 13, 2012

Urusan Visa: Dua Hari Untuk Mahasiswa

KAHERAH, 13 Feb– Hasil bancian yang telah dilakukan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) baru-baru ini terhadap isu pembaharuan visa yang berlaku, PMRAM telah melakukan tindakan susulan terhadap permasalahan berkenaan.

PMRAM telah menghantar surat aduan berkenaan isu pembaharuan visa yang berlaku beserta hasil bancian ke peringkat kedutaan dan bertemu dengan Muqaddim Jalal, Mudir di Pejabat Imigresen Mesir yang bertempat di Madinah El-Behoos El-Islamiah, Kaherah bagi menghantar surat aduan dan berbincang dengan lebih lanjut berkaitan tindakan penyelesaian yang dicadangkan di peringkat PMRAM.

Dalam pertemuan hari ini sekitar jam 10.30 pagi yang diwakili oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman dan juga Naib Presiden III PMRAM, Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi bersama Mudir di Pejabat Imigresen Mesir tersebut.

PMRAM telah dimaklumkan bahawa hari urusan visa bagi pelajar Malaysia telah ditambah kepada dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad berbanding sebelum ini di mana pelajar Malaysia hanya boleh membuat urusan untuk memperbaharui visa pada hari Sabtu sahaja.

PMRAM juga turut dimaklumkan, bagi mahasiswa dan mahasiswi yang telah mempunyai raqam atau tarikh pengesahan mereka digalakkan untuk segera ke Pejabat Imigresen bagi mendapatkan cop pengesahan visa.

“Peruntukkan dua hari yang diberikan bagi mahasiswa dan mahasiswi Malaysia untuk melakukan urusan pembaharuan visa tentunya akan melegakan dan memberi keselesaan kepada seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi untuk mendapatkan visa sekaligus dapat belajar dengan aman dan tenteram di bumi Mesir ini."

Selain itu, kejayaan ini juga membuktikan bahawa PMRAM sentiasa optimis untuk menjayakan agenda kebajikan untuk ahli selaras dengan subtopik dalam ucapan dasar Presiden PMRAM iaitu ‘Kebajikan Untuk Semua’, ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika dihubungi selepas pertemuan tersebut.

Kebajikan Tetap Diutamakan

KAHERAH, 13 Feb - Baru-baru ini, kepimpinan HEWI PMRAM berpeluang menziarahi salah seorang mahasiswi perubatan Universiti Kaherah.

Pada 4 Februari bersamaan 12 Rabi'ul Awal permata sulung pasangan bahagia, Saudari Noor Syakirah Rosli dan Saudara Anas bin Kasran selamat dilahirkan di Hospital al-Hikmah, Sayyeda Zainab, Kaherah.

Dalam kesempatan tersebut, wakil HEWI PMRAM turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada pasangan tersebut.

PMRAM mengucapkan tahniah atas anugerah dan amanah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Semoga zuriat yang dikurniakanNya menjadi pendokong Islam yang dicintai.

"PMRAM adalah wadah kebajikan. Adalah menjadi tanggungjawab PMRAM cakna kepada seluruh ahli yang berada dibumi Mesir ini tidak kira dikalangan ahli perubatan atau pengajian Islam, " ujar Saudari Nurain Yaacob, Timbalan Pengerusi HEWI.

SUKEZ' 12 Bukti Kebersamaan

KAHERAH, 12 Feb - Sukan Keluarga Zaqazik (SUKEZ ‘ 12) anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqazik (DPMZ) yang berkonsepkan hari keluarga telah diadakan 8 Februari baru-baru ini.

Sekalung tahniah dirakamkan kepada Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqazik di atas keberjayaan mengatur dan menyusun program hari keluarga bagi seluruh mahasiswa/wi yang berada di Zaqazik.


Turut hadir pada hari sukan keluarga tersebut adalah wakil daripada HEWI PMRAM iaitu Saudari Norhashima bt Majid selaku Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan 2011 yang juga merupakan HEWI angkat Zaqazik, bersama Saudari Nurain bt Yaacob selaku Timbalan Pengerusi Hewi 2011 selaku perasmi sukan dibahagian siswi.


Acara sukan pada hari tersebut berakhir dengan ucapan perasmian penutup sekaligus acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pada jam 1.00 petang.

"Semoga dengan penganjuran program sebegini akan menghasilkan ukhuwah yang semakin utuh dan mantap ," ujar Saudari Norhashima Majid merangkap HEWI angkat Zaqazig.

Thursday, February 9, 2012

MSA : Tarbiatul Aulad Siri 5


Madrasah Saidatina Aisyah kembali lagi..
Tambahkan pengetahuan kalian dalam membentuk syakhsiah anak-anak dengan menyertai Madrasah Saidatina Aisyah ..
Pengisian Diskusi Kitab Tarbiatul Aulad bakal merungkai pelbagai jawapan untuk menerokai alam keluarga untuk menjana kebahagiaan rumahtangga.
Sertainya sebelum terlambat..

" Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiah "

Sabtu I 11 Februari 2012 I Rumah Pulau Pinang I 8.00-10.00 pagi

" Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiah "

KELAP PMRAM Medium Penulisan Mahasiswa Islam

KAHERAH, 9 Feb - Pelbagai lapangan medium dewasa kini untuk menyebar luaskan dakwah kepada masyarakat.

Penulisan adalah salah satu cara terbaik menyampaikan dakwah kerana pendekatan ini sangat berkesan kepada pelbagai lapisan masyarakat berbilang latar belakang.

Melihat keperluan ini, PMRAM telah menganjurkan "Seminar Penulis Azhari" bersama Syarikat MUSTREAD Sdn Bhd pada 7 Februari yang lepas.
Bertempat di Rumah Kelantan Baru hampir 50 orang peserta menyertai program tersebut daripada pengajian Islam dan perubatan.

Respon diterima oleh semua peserta sepanjang program tersebut begitu memberangsangkan dengan aktiviti bengkel dijalankan oleh pembentang.
Wakil Syarikat MUSTREAD dihadiri oleh Tuan Mohamad Sharudin bin Dawam (Pengarah Urusan) ,Tuan Abdul Kahar Abd Hamid (Pengarah Eksekutif) dan Tuan Zamri Mohamad ( Penulis Buku ).

Program yang dimulakan dengan perasmian Seminar Penulis Azhari oleh Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011.


Seterusnya pengisian pengenalan beberapa kaedah antaranya Kaedah Adaptasi, Kaedah KJ Method dan latihan intensif.


" Dalam melahirkan penulis perlu disediakan satu medium terbaik sepertimana PMRAM telah mewujudkan Kem Latihan Penulis (KELAP) bagi mencetuskan semangat dikalangan mahasiswa Islam menerokai dunia penulisan" ujar Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan dalam ucapan perasmiannya.

" Harapan PMRAM agar peluang terbaik ini tidak disia-siakan bahkan manfaatkan semaksimam mungkin" tambahnya lagi.

Lagu Rasmi PMRAM